web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Lega, Gajah Ancam Keselamatan Ditangkap PERHILITAN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 12:09PM

Gajah jantan yang ditangkap oleh PERHILITAN di Kampung Salor, Jeli, Sabtu lalu. - Gambar Ihsan PERHILITAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI - Seekor gajah jantan yang mengancam keselamatan dan tanaman penduduk di beberapa kampung di daerah ini berjaya ditangkap Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Kampung Salor, di sini, Sabtu lalu.

Mamalia berkenaan ditangkap menerusi operasi di kebun penduduk susulan aduan yang diterima oleh PERHILITAN Kelantan sejak Ogos tahun lalu.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima beberapa aduan sebelum ini daripada penduduk di beberapa kampung, antaranya Kampung Salor, Kampung Batu Melintang, Kampung Jerek, Kampung Lawar dan Kampung Pendok.

Katanya, gajah jantan yang ditangkap itu daripada kumpulan gajah Gunung Basor dengan anggaran populasi lebih 30 ekor dan dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Basor untuk mencari sumber makanan.

"Operasi tangkap pindah ini adalah langkah susulan bagi mengelakkan kerugian berterusan kepada penduduk setempat dan memastikan keselamatan gajah liar daripada diancam pemburu haram.

"Jabatan PERHILITAN mengambil tindakan seperti memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat, pemantauan dan kawalan di kawasan konflik serta kaedah tembak halau bagi memastikan gajah liar berkenaan kembali semula ke hutan simpan berhampiran," katanya di sini hari ini.

Gajah jantan yang ditangkap ini adalah daripada kumpulan gajah Gunung Basor dengan anggaran populasi lebih 30 ekor.
Gajah jantan yang ditangkap ini adalah daripada kumpulan gajah Gunung Basor dengan anggaran populasi lebih 30 ekor.

Beliau berkata, operasi pindah gajah liar itu akan dilakukan hari ini dan haiwan berkenaan akan dilepaskan ke habitat semula jadi di Taman Negara dengan kerjasama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang Pahang.

Mohamad Hafid turut menasihatkan penduduk kampung agar sentiasa membersihkan kawasan tanaman dan kebun supaya tidak dibiarkan bersemak, sebagai langkah untuk mengurangkan risiko konflik manusia-hidupan liar di kawasan berkenaan. 

"Pihak kita ingin menjelaskan bahawa operasi tangkap pindah gajah bukan penyelesaian jangka panjang terutamanya di kawasan kebun atau ladang yang berhampiran dengan kawasan hutan simpan. 

"Langkah mitigasi yang lebih efektif seperti sistem pagar elektrik gajah (SPEG) adalah merupakan antara kaedah paling berkesan untuk menghalang gajah liar memasuki kawasan tanaman," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar.

“Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya. – Getaran, 10 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad