web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepakaran Jepun Mampu Bantu Malaysia Tangani Bencana

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 11:32AM

Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tawaran Jepun untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan risiko bencana dengan Malaysia, mampu memperbaiki kekurangan negara untuk menangani musibah itu.

Presiden Majlis Belia Negara (MBM), Jufitri Joha, berkata perkongsian itu akan memberi manfaat kepada negara dalam mengurangkan kesan bencana yang lebih teruk pada masa depan.

Katanya, langkah itu juga merupakan inisiatif amat baik bagi memperkukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara sejak Dasar Pandang ke Timur dilaksanakan.

“Jepun mempunyai imej yang baik melalui kerjasama dalam bidang pendidikan, perdagangan, kemahiran teknikal dan program pertukaran belia berprestij tinggi, seperti The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program (SSEAYP),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa Jepun berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran pengurusan risiko bencana dimiliki negara itu dengan Malaysia dalam usaha mengurangkan kesan musibah terbabit ke atas manusia di peringkat global.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko, dilaporkan berkata negara itu berharap inisiatif berkenaan akan menjadi tonggak kerjasama penting antara kedua-dua pihak.

“Seperti banjir besar yang melanda Malaysia baru-baru ini, saya harap kita dapat menjalin kerjasama lebih lanjut memandangkan kerajaan Jepun giat berkongsi pengalaman dan kepakaran sedemikian di peringkat global dalam usaha mengurangkan kesan bencana kepada rakyat di seluruh dunia,” katanya.

Mengulas lanjut, Jufitri berkata, hasrat disuarakan Jepun itu juga memberi manfaat besar kepada MBM.

Jelasnya, MBM melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MyVOC) pernah mengadakan MyVOC Disaster Management Program yang berlangsung pada 27 hingga 31 Oktober 2017 di Tokyo, Jepun.

“Pada program itu, MBM mempelajari daripada beberapa organisasi pengurusan bencana Jepun terpilih mengenai langkah kesiapsiagaan menghadapi musibah terbabit, selain teknik menangani mangsa.

“MBM yakin kerajaan Malaysia khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan turut membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam tawaran kerajaan Jepun itu,” katanya. - Getaran, 9 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad