web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Tunjuk Bukti Sudah Terima Vaksin Lengkap

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 7:32PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa beliau tidak melengkapkan suntikan vaksinasi COVID-19 seperti tular di media sosial sejak semalam.

Menurut Khairy, beliau sudah menerima suntikan dos pertama serta dos kedua COVID-19 dan menjadi individu pertama di negara ini yang mendapat imunisasi jenis Sinovac tersebut.

“Pengambilan dos pertama pada 18 Mac 2020 itu turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin terbabit.

“Manakala suntikan dos kedua diterima pada 8 April 2020, diikuti pengambilan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September tahun lalu, sebelum saya berlepas ke Himeji, Jepun bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menafikan maklumat butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 didakwa miliknya yang tular seperti dipaparkan di dalam tangkap layar laman sesawang.

“Saya minta orang ramai tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, laman sesawang itu diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

“Bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini,” katanya.

Sementara itu, ketika mengadakan sidang media di Parlimen petang tadi, Khairy menunjukkan sijil vaksinasi COVID-19 milik beliau daripada aplikasi MySejahtera kepada pemberita.

Menerusi tangkap layar tular itu yang didakwa memaparkan butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 milik Khairy, tertera status janji temu ‘sedang diproses’.

Butiran lain, seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan di dalam maklumat terbabit. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik