web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johor Benar Calon 18 Tahun Bertanding Pilihan Raya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 1:21PM

Hasni ketika Mesyuarat Ketiga Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-14, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berhubung kelayakan had usia calon yang akan bertanding pada pilihan raya.

Pindaan Fasal 16 Bahagian Kedua itu dibentangkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad sebelum semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebulat suara menyokong penurunan had usia calon yang layak bertanding daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Pindaan yang diluluskan selepas dibacakan kali ketiga itu, dimaklumkan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat pada Mesyuarat Ketiga Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

“Bahawa dengan ini diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut, ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2021.

“Enakmen ini hendaklah berkuat kuasa pada tarikh ditetapkan Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam warta,” katanya.

Pindaan rang undang-undang itu dibahaskan empat ADUN, iaitu Hahasrin Hashim (BN-Panti), Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang), K Raven Kumar (BN-Tenggaroh) dan Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Pulai Sebatang).

Hasni berkata, semua pihak tidak perlu berbalah mengenai soal kematangan usia individu 18 tahun sebagai calon, sebaliknya melihat pindaan undang-undang terbabit secara holistik.

“Kita harus melihat pindaan ini secara holistik yang memfokuskan kepada pemberdayaan kepada golongan muda.

“Sesungguhnya komitmen kerajaan negeri dalam memberdaya golongan muda tidak harus dipersoalkan seperti contoh melalui Belanjawan Johor 2021, agenda Orang Muda Johor atau OMJ dijenamakan bagi memberi identiti kepada inisiatif direncanakan,” katanya.

Terdahulu, menurut Hahasrin, ada pihak sememangnya tidak bersetuju dengan pindaan kelayakan had usia calon bertanding daripada 21 tahun kepada 18 tahun kerana melihat kepada soal kematangan orang muda yang dianggap masih belum sesuai.

“Namun, orang muda perlu menganggap ia sebagai cabaran dan perlu membuktikan mereka layak dan mampu memimpin apabila dipilih menjadi calon di kawasan tertentu di negeri ini.

“Saya yakin orang muda sudah matang dan langkah pindaan ini bertepatan, malah akan membawa Johor ke arah lebih maju,” katanya.

Bagi Andrew pula, pindaan enakmen itu menandakan satu peristiwa penting ke arah kemajuan sistem demokrasi negeri.

“Ini kerana lebih ramai orang akan layak mengundi dan proses pengundian akan menjadi lebih mudah dengan pendaftaran automatik.

“Usaha ini seterusnya membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia layak mengundi,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 15 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad