web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Henti Aktiviti Pembalakan, Kerajaan Pahang Seolah Mengaku Ia Punca Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 12:13PM

Kesan longgokan kayu termasuk bersaiz kayu balak dikesan berhampiran Sungai Telemong, dekat Bentong. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menghentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu balak membuktikan seolah-olah kerajaan negeri mengakui pembalakan adalah punca berlakunya banjir di negeri berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung bagaimanapun berkata, hakikatnya, pembekuan aktiviti itu tidak dapat menyelesaikan isu pembalakan yang dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal.

“Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan di Pahang bukannya isu yang baharu dan amat rumit kerana penglibatan pelbagai pihak, tetapi kerajaan negeri memilih untuk mendiamkan diri sejak dulu lagi.

“Saya pernah mengutarakan isu ini pada perbahasan Belanjawan Negeri Pahang bahawa sebanyak 26 peratus pendapatan Kerajaan Negeri adalah hasil pembalakan dan perlombongan,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Menurut Chean Chung, jika kerajaan negeri Pahang sendiri mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pembalakan, bagaimanakah mereka mampu untuk menyelesaikan masalah itu dengan sebaiknya.

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung

Terdahulu, Getaran melaporkan operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu balak di Pahang dihentikan buat sementara waktu, seperti arahan dikeluarkan JPNP yang tersebar di media sosial sejak awal pagi tadi. 

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin bagaimanapun berkata, surat arahan itu adalah bagi tujuan edaran dalaman dan tidak seharusnya disebarkan kepada umum.

Surat bertajuk ‘Arahan penangguhan sementara aktiviti pengusahasilan hutan dan pengangkutan kayu balak semasa musim tengkujuh dan bencana banjir tahun 2022’ dikeluarkan JPNP itu tersebar di platform media sosial sejak awal pagi Rabu dan menarik perhatian pelbagai pihak. 

Melalui kandungan surat berkenaan, pihak JPNP memaklumkan sudah mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Pahang bermula 3 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 

Sehubungan itu, Chean Chung menggesa kerajaan di bawah blok gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Bebas dalam memberi penjelasan kepada mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara.

Setiausaha Agung PKR itu menjelaskan siasatan menerusi jawatankuasa terbabit perlu dilakukan secara telus dengan mengemukakan keputusannya kepada orang awam.

“Sejak dari dulu, isu seperti pencemaran Tasik Chini dan sisa-sisa radioaktif Lynas, kerajaan negeri Pahang tidak pernah memilih untuk bersama dengan rakyat.

“Kerajaan negeri Pahang perlu mengambil keputusan segera untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas yang merangkumi parti politik dan juga pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar dengan menjalankan siasatan.

“Jangan lagi menunggu sehingga rakyat menjadi mangsa banjir baru memberi perhatian, ia dah terlambat ketika itu,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja