web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Osman Sapian Meninggal Dunia, DUN Johor Ucap Takziah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 10:33AM

Allahyarham Datuk Osman Sapian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-14, hari ini dimulakan dengan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Osman meninggal dunia pada 21 Disember lalu di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada jam 11.45 malam.

Ucapan takziah berkenaan dizahirkan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat yang turut mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Dukacita dimaklumkan mantan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang mula berkhidmat mulai pada 12 Mei 2018 hingga 13 April 2019 telah kembali ke rahmatullah pada 21 Disember 2021.

“Allahyarham juga adalah ADUN Kempas yang berkhidmat mulai 29 November 1999 hingga 2 April 2013 serta 11 Mei 2018 hingga 20 Disember 2021, selama tiga penggal.

“DUN Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarganya dan marilah kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

Dalam sidang sama, Suhaizan juga meminta semua ADUN yang beragama Islam untuk menyedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Allahyarham, manakala penganut agama lain diminta bertafakur selama seminit.

“Ahli Dewan yang beragama Islam sedekahkan ucapan Al-Fatihah kepada Allahyarham manakala yang bukan Islam bertafakur berdiri selama seminit,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor ke-16 yang berusia 70 tahun itu sebelum ini dilaporkan diserang angin ahmar pada pertengahan Oktober lalu ketika berada di kediamannya.

Pada awal November lalu, keadaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Ayer Hitam itu dilaporkan stabil, namun masih belum pulih sepenuhnya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

DUN Johor Rakam Ucapan Tahniah Kepada PM Anwar

2

Politik 3 tahun yang lalu

Lantikan Ketua Masyarakat Dari MCA Bukti Tiada Keazaman Jayakan Politik Dwipartisan 

3

Politik 4 tahun yang lalu

3 Generasi Allahyarham Osman Sapian Jalankan Tanggungjawab Mengundi

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Sidang DUN Dewan Sangkar Beruk - Sultan Ibrahim

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad