web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Generasi Allahyarham Osman Sapian Jalankan Tanggungjawab Mengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 1:39PM

Nornekman (tengah) bersama isteri, Freda (dua dari kiri), ibu, Nora (dua dari kanan), anak, Aleesya (kanan) dan adik, Noreen (kiri) selesai mengundi SK Larkin 1.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga generasi antara rakyat Johor yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di Sekolah Kebangsaan Larkin 1 di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi DUN Kempas iaitu Nornekman Osman yang hadir bersama ibunya, Datin Nora Mad Som dan anak sulungnya, Aleesya, 18 tahun.

Nornekman bersama keluarganya itu tiba di pusat mengundi pada jam 8.45 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk menyelesaikan proses membuang undi.

Turut ditemani isteri, Freda Ibrahim dan adiknya, Noreen, Noornekman berkata, beliau bersyukur apabila tiba hari pengundian dan berpuas hati dengan usaha dilakukan ketika berkempen selama dua minggu.

“Alhamdulillah, dua minggu kempen berjalan, saya dapat turun ke semua pusat daerah mengundi di kawasan Kempas.

“Alhamdulillah sokongan dan maklum balas daripada pengundi di Kempas menunjukkan semuanya positif, jika diizinkan Allah, semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya.

Nornekman sempat berpesan kepada pengundi untuk keluar mengundi awal bagi memudahkan proses pengundian berjalan lancar sepanjang hari ini.

“Sudah pastilah saya mengharapkan semua pengundi dapat keluar beramai-ramai pagi ini untuk memudahkan proses pilihanraya ini berjalan dengan baik,” pesannya.

Sementara itu, ibu Nornekman yang juga balu kepada bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian berkata, beliau sentiasa mendoakan kejayaan anak sulungnya itu dan berharap Nornekman dapat meneruskan segala usaha dan kerja-kerja Osman di Kempas bagi membela nasib penduduk setempat.

“Saya rasa berbanggalah sekiranya anak saya berjaya memenangi pilihan raya ini untuk menyambung segala usaha ayahnya dan segala tugas yang tergendala.

“Semoga dia dapat menepati segala Impian arwah,” katanya sebak.

Nora berkata, beliau sentiasa menasihati anaknya itu supaya sentiasa memenangi hati rakyat sama seperti dilakukan arwah suaminya yang juga penyandang kerusi DUN Kempas.

“Siddiq, amanah, tabligh, fathanah. Itu yang dia (Nornekman) kena jaga untuk memenangi hati rakyat di Kempas,” katanya.

Pada masa sama, Aleesya, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia teruja apabila pertama kali dibawa keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Johor sebelum menyambung pengajian di Universiti Cambridge, United Kingdom, England pada Ogos nanti.

Aleesya berkata, dia akhirnya dapat melakukan perkara yang selama ini diidamkan sejak kecil memandangkan sudah biasa melihat situasi pilihan raya sejak arwah datuknya bertanding sebagai calon.

“Dari kecil saya nak merasa macam mana orang mengundi sebab dah biasa tengok individu dewasa mengundi sejak arwah datuk bertanding.

“Saya suka tengok arwah datuk melayan rakyat,” katanya bangga.

Bakal doktor itu berkata, sebagai orang muda, dia menasihatkan golongan berkenaan untuk banyak membaca dan mengetahui isu-isu semasa termasuk politik supaya faham situasi dan perkembangan dalam negara.

“Saya juga menyeru pengundi muda untuk keluar mengundi dan tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya memberi semangat. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 2 tahun yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

4

Politik 2 tahun yang lalu

PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 8 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 11 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad