web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


120 Ekor Lembu Hilang, Jadi ‘Mangsa Korban’ Banjir Di Segamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 9:43AM

Antara lembu yang mati kerana lemah setelah meredah banjir yang melanda sebuah kandang lembu di Batu Tujuh di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Tiada kata yang mampu diungkap, hanya air mata menjadi saksi kehibaan Tey Teng Swee apabila kandang lembu yang diusahakannya sejak lima tahun lepas hilang sekelip mata ‘ditelan’ dalam kejadian banjir di Batu 7 Jalan Muar, dekat sini, sejak Ahad lepas.

Wajah penternak berusia 60 tahun itu juga kelihatan sugul memikirkan nasib 120 ekor lembu pedaging dari baka Charolais, Bali, Belgian Blue dan Brahman yang masih hilang dalam kejadian banjir yang melanda daerah itu.

Ketika ditemui Bernama, Teng Swee berkata beliau tidak menyangka kandang setinggi lapan kaki yang dibinanya akan ditenggelami air.

“Saya dan pekerja cuba untuk mengeluarkan lembu-lembu berkenaan tetapi gagal kerana kawasan sudah dipenuhi air dan haiwan tersebut sudah kelihatan penat kerana tidak diberikan makanan.

“Kami hanya berjaya menyelamatkan kira-kira 20 ekor lembu dengan menggunakan bot, yang kemudiannya terpaksa ditambatkan di tepi jalan,” katanya yang memakai anduh pada tangan kirinya, akibat patah ketika cuba menyelamatkan lembu-lembunya itu.

Lebih memilukan, biarpun berjaya menyelamatkan sebahagian ternakannya, kebanyakan haiwan ternakannya itu berada dalam keadaan lemah, sehingga ada yang mati akibat kepenatan dan kelaparan, kata Teng Swee.

Beliau berkata walaupun Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada membantu dengan memberi bantuan makanan kepada haiwan ternakannya, tetapi dalam keadaan banjir, lembu tersebut tidak mampu untuk bergerak apatah lagi mengharungi air banjir yang deras.

“Saya tidak tahu nak buat apa sekarang, dengan keadaan lembu yang masih lemah … saya harap saya boleh bangkit lagi selepas ini,” katanya.

Teng Swee berkata berikutan bencana itu beliau menganggarkan jumlah kerugian sekitar RM600,000 melibatkan empat baka lembu pedaging yang diusahakannya itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Konvoi Motosikal Nak Pergi Mana Tu?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek