web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Sekitar Sungai Muar Diminta Bersiap Sedia - Bomba

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 8:22AM

Kakitangan Galeri Darurat Bukit Kepong mengayuh sampan untuk meninjau keadaan sekitar Galeri Darurat Bukit Kepong yang dinaiki air berikutan limpahan Sungai Muar pada 4 Januari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Penduduk di sekitar Sungai Muar di daerah ini, diminta bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan susulan paras air sungai berkenaan kini berada pada tahap bahaya.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos berkata walaupun cuaca di daerah itu dilaporkan cerah, penduduk tetap perlu berhati-hati kerana dikhuatiri berlaku limpahan air Sungai Muar luar jangka.

“Sehingga kini banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat masih dibuka kerana paras air Sungai Muar pada tahap bahaya dan jangan terperanjat jika ada kawasan sebelum ini tidak banjir, tiba-tiba rumah mereka dinaiki air.

“Air Sungai Muar akan turun dari hulu ke hilir (dengan arus deras) pada bila-bila masa.

“Sekarang, ia turun dari Negeri Sembilan ke Segamat dan akan ke Bukit Kepong, ke Kundang Hulu dan terus ke kuala,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai misi menyampaikan bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk Kampung Lubok Lanjut di sini, semalam dengan menaiki bot.

Rasidi berkata kawasan di sekitar kampung tersebut menjadi antara yang terawal ditenggelami air kerana ia berada berhampiran dengan hulu Sungai Muar.

“Punca atau hulu Sungai Muar adalah di Negeri Sembilan iaitu Jempol, Kuala Pilah, Gemas dan Tampin, sebelum masuk ke Segamat. Tanda aras kami di Segamat adalah kejadian banjir di Negeri Sembilan, jadi walaupun cuaca cerah di daerah ini, kami masih perlu berhati-hati,” katanya.

Setakat ini, seramai 34 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Lubok Lanjut terputus bekalan kerana laluan utama yang menghubungkan kampung itu dan dua kampung lain iaitu Kampung Mensudut Lama serta Kampung Batu 10, ditenggelami air.

Tinjauan Bernama bersama JBPM di Kampung Lubok Lanjut petang tadi mendapati kampung tersebut seperti sebuah pulau apabila sekelilingnya ditenggelami banjir, namun kawasan rumah tidak dinaiki air.

Mengulas mengenai misi berkenaan, Rasidi berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghulurkan bantuan makanan serta barang keperluan termasuk perubatan.

Sementara itu, seorang penduduk, Wahida Wahid, 47, yang ditemui di PPS Surau An Nur Kampung Lubok Lanjut berkata dia sangat bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak bomba.

“Saya ada enam anak dan mengalami strok separuh badan, hendak ke mana-mana memang sukar.

“Terima kasih kepada pihak bomba kerana banyak membantu termasuk menyampaikan makanan dan ubat-ubatan untuk saya sekeluarga,” katanya.

Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi terjejas banjir di Johor dengan 3,340 orang daripada 905 keluarga masih ditempatkan di 42 PPS setakat pukul 4 petang tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi