web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ritual Tolak Banjir: JAIPK Akan Panggil Raja Bomoh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 8:02AM

Tangkap layar dari video media sosal menunjukkan Ibrahim (kiri) dan seorang wanita melakukan ritual tolak banjir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memanggil Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh, berhubung satu ritual kononnya bagi menolak banjir di Dataran Pengairan dan Saliran Teluk Intan yang tular menerusi rakaman video semalam.

Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata selain lelaki itu, pihaknya akan memanggil individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan perkara seumpama ini dan menjauhi amalan yang menjurus kepada khurafat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Video berdurasi selama 25 minit itu tular di laman media sosial yang menunjukkan Ibrahim bersama seorang wanita melakukan ritual tepung tawar menggunakan bahan termasuk beras, kunyit, bunga-bungaan dan daun yang kemudian dihanyutkan ke dalam laut.

Dalam rakaman itu, wanita yang dikenali sebagai Puteri Zaleha turut menyanyikan lagu Mayang Sari dengan meletakkan kitab suci al-Quran di hadapan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 petang tadi.

“Polis telah merujuk kepada JAIPk untuk tindakan jabatan berkenaan dan saya difahamkan siasatan akan dijalankan oleh mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi