web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Solat Jemaah Jarak Dalam Saf Di Johor Dikurang 0.5 Meter 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 10:09PM

Penjarakan fizikal antara jemaah dalam saf solat di semua masjid di Johor dikurangkan kepada 0.5 meter, berkuatkuasa Jumaat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Penjarakan fizikal antara jemaah dalam saf solat di semua masjid di negeri ini dikurangkan kepada 0.5 meter, berkuatkuasa Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, perkara itu diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 28 Disember lalu.

Menurut beliau, sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kelak oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

"Keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga Ketua Agama Islam Negeri.

"Perkara yang diputuskan itu adalah tertakluk kepada peruntukan Fasal 57(A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003," katanya di sini hari ini.

Tosrin Jarvanthi
Tosrin Jarvanthi

Tosrin berkata, pengurangan jarak itu turut terpakai ke atas solat Jumaat.

"Selain perubahan jarak fizikal saf solat itu, turut diputuskan adalah aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat ini.

''Ia termasuk solat hajat yang hendaklah dilaksanakan selepas solat fardhu Maghrib pada setiap hari dan selepas solat fardhu Jumaat setiap minggu di seluruh masjid dan surau," katanya.

Tosrin menarik perhatian, solat hajat itu adalah untuk memohon kesejahteraan negeri dan negara dari segala musibah serta wabak penyakit.

"Program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama daripada satu jam juga ditambah kepada tempoh tidak melebihi daripada dua jam," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tosrin memberitahu, Qunut Nazilah juga hendaklah dibaca dalam solat fardhu Jumaat setiap minggu, selain mengingatkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau supaya memastikan semua jemaah yang hadir ke masjid dan surau mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

"SOP yang perlu dipatuhi termasuklah jemaah mesti menerima suntikan lengkap dua dos vaksin, memakai pelitup muka, membawa sejadah berukuran besar dan memastikan tidak bergejala," katanya. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad