web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua Aktiviti Pengusahasilan Hutan, Pengeluaran Kayu Balak Dihentikan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 3:18PM

Gambar yang tular di media sosial yang menunjukkan kayu-kayu balak yang dihanyutkan banjir, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai. - Gambar dari twitter @myjoe_

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu balak di Pahang dihentikan buat sementara waktu, seperti arahan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang tersebar di media sosial sejak awal pagi tadi. 

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin bagaimanapun berkata, surat arahan itu adalah bagi tujuan edaran dalaman dan tidak seharusnya disebarkan kepada umum.

"Saya tidak pasti bagaimana ia boleh tersebar kepada umum. Surat arahan itu adalah pekeliling dalaman kepada pegawai kami (JPNP) dan mereka diminta memastikan tidak ada pelanggaran arahan berlaku. 

"Pekeliling itu juga adalah bagi menjaga keselamatan kakitangan JPNP, pekerja pembalakan dan pengguna jalan raya kerana musim banjir ini boleh mendatangkan bahaya," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

Surat bertajuk 'Arahan penangguhan sementara aktiviti pengusahasilan hutan dan pengangkutan kayu balak semasa musim tengkujuh dan bencana banjir tahun 2022' dikeluarkan JPNP itu tersebar di platform media sosial sejak awal pagi Rabu dan menarik perhatian pelbagai pihak. 

Melalui kandungan surat berkenaan, pihak JPNP memaklumkan sudah mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Pahang bermula 3 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 

"Justeru itu, pihak tuan adalah dipohon untuk mengambil tindakan segera bagi penangguhan sementara ini bagi mengurangkan impak terhadap kawasan usahasil dan keselamatan pekerja. 

"Tindakan sewajarnya akan diambil kepada pemegang lesen yang melanggar arahan ini dan boleh disabitkan kesalahan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984," jelas surat itu lagi. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi