web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Dipukul Pencuri Kabel

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 9:08PM

Polis memeriksa mayat seorang lelaki, yang maut dipercayai dipukul oleh pencuri kabel elektrik di kawasan berhampiran pejabat terbiar di Kingfisher, Kota Kinabalu, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut, dipercayai dipukul menggunakan objek keras oleh pencuri kabel elektrik dalam kejadian berhampiran pejabat terbiar di Kingfisher, semalam.

Mangsa yang berumur 50 tahun dan bekerja di lokasi berkenaan, ditemui oleh rakannya dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah sekitar jam 12 tengah malam tadi 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar rumah pada jam 10.30 malam untuk memeriksa fius di lokasi kejadian, selepas bekalan elektrik di rumah kongsinya terputus.

Mohd Zaidi berkata, sejam selepas itu, rakan mangsa bersama anaknya turut ke lokasi berkenaan kerana masalah yang sama.

Menurut beliau, mereka terdengar bunyi salakan anjing ketika sedang memeriksa fius tersebut, sebelum mengambil keputusan untuk memeriksa kawasan sekitar.

"Rakan mangsa kemudian terlihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah. 

"Dia kemudian menghubungi mangsa yang bekerja di lokasi tersebut namun terkejut selepas mendengar bunyi deringan telefon di kawasan itu," katanya.

Menurut Mohd Zaidi, rakan mangsa kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di mata dan dahi,  disyaki akibat dipukul menggunakan objek keras," katanya.

Pihak polis jelas beliau, turut menemui sebatang kayu jenis beruti yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa serta beberapa potongan kabel elektrik, dipercayai dicuri oleh suspek sama.

"Siasatan kita mendapati suspek yang dipercayai sedang mencuri kabel di bilik fius menyerang mangsa sebelum melarikan diri. 

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan kita sedang giat mengenalpasti serta mengesan suspek," katanya.

Mohd Zaidi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Getaran, 3 Januari 2021

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad