web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembalakan Haram Penyebab Banjir, Kenapa Kerajaan Masih Berdiam?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 5:16PM

Keadaan di kilometer 69.5 Karak-Bentong dalam kejadian tanah runtuh ketika tinjauan di Lebuhraya Pantai Timur pada 19 Disember. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk segera menjawab kontroversi berhubung pembalakan haram yang semakin berleluasa dan didakwa menjadi punca banjir besar, baru-baru ini.

Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Fahmi Bazlan berkata, penjelasan itu penting memandangkan ribuan rakyat menjadi mangsa, yang menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggi dan terkorban.

Jelasnya, musibah itu adalah antara banjir paling teruk dalam sejarah negara dan memberi kesan besar kepada rakyat.

“Lebih mengejutkan, Perdana Menteri hanya berdiam diri sahaja tatkala banyak pembongkaran kegiatan pembalakan haram ini berlaku, terutama di Karak,” katanya.

Fahmi Bazlan
Fahmi Bazlan

Fahmi berkata, sebanyak 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan kepada pihak terbabit, tetapi sehingga sekarang masih tiada apa-apa langkah dilakukan.

“Apakah tindakan berdiam diri ini ada kaitan dengan kroni pembalak dalam kalangan ahli politik untuk meraih hasil keuntungan balak?,” katanya.

Beliau berkata, nasib mangsa banjir masih belum terbela sepenuhnya, malah mereka dibiarkan sehelai sepinggang dan terkapai-kapai untuk memulakan kehidupan baharu.

“Berhenti mempolitikkan isu ini dan berpura-pura prihatin. Mengaku sahaja kesalahan dan mohon maaf kepada semua mangsa banjir,” katanya. - Getaran, 3 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad