web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tebing Tanah Runtuh Tidak Jejas Penduduk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 8:55PM

Keadaan tebing tanah yang runtuh di Bukit Pelali, Pengerang. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Tebing tanah setinggi 105 meter yang pernah dilaporkan runtuh pada awal tahun lalu, sekali lagi dilanda keadaan sama hari ini, dalam satu kejadian di taman perumahan Bukit Pelali, Pengerang di sini.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu, tidak menjejaskan penduduk sekitar kawasan berkenaan atau mendatangkan sebarang kerosakan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian tebing tanah runtuh itu adalah kali kedua berlaku sejak 11 Januari tahun lalu.

“Berikutan kejadian sebelum ini, pemaju Taman Bukit Pelali, Astaka Development sudah melantik GeoPakar Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan cerun,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat GeoPakar Sdn Bhd itu masih dalam proses siasatan migitasi di lokasi kejadian.

Pihak polis memantau keadaan tebing tanah runtuh dan banjir yang berlaku di kawasan Kota Tinggi. - Gambar ihsan Polis
Pihak polis memantau keadaan tebing tanah runtuh dan banjir yang berlaku di kawasan Kota Tinggi. - Gambar ihsan Polis

Pada hari ini juga, Hussin berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerima laporan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan lain di bawah pentadbiran IPD tersebut.

Bertindak atas maklumat katanya, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan untuk mengawal situasi dan keadaan banjir di lokasi terbabit.

“Terdapat dua kawasan penempatan yang dinaiki air iaitu Kampung Mawai Baru dan Kampung Bukit Raja Darat, Bayu Damai di sini.

“Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga sudah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia yang kini menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

“Terdapat 14 mangsa daripada mereka yang berada di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order) dan kini sudah diasingkan,” jelasnya.

Keadaan kawasan rumah yang terkesan dengan banjir kilat. - Gambar ihsan Polis
Keadaan kawasan rumah yang terkesan dengan banjir kilat. - Gambar ihsan Polis

Katanya, sebuah lagi PPS di SK Mawai kini menempatkan 88 mangsa terdiri daripada 29 keluarga.

“Bagaimanapun, Jalan Kota Tinggi-Mersing di Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sungai Mupur 2, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Sungai Ara Yatamacity, Jalan Tanjung Sedili (Kampung Selangi), Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) dan Jalan Perani (Ladang FIMA) boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Jalan Lok Heng (Sungai Semalok) pula hanya dibuka kepada kenderaan berat.

“Penduduk diingatkan supaya mengikuti arahan pasukan penyelamat sekiranya diminta untuk berpindah ke pusat pemindahan serta menjaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

2

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad