Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KWSP, Ini Menteri Dari Planet Mana? - Puad Zarkashi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 5:25PM

Puad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan ‘panas’ Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berhubung pengeluaran tambahan RM10,000 melalui i-Citra mengundang kecaman ramai.

Terbaru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut berang dengan kenyataan Tengku Zafrul yang disifatkan tidak peka dengan situasi menimpa rakyat ketika ini.

“Menteri Kewangan kata, mereka yang memperjuangkan pengeluaran one-off RM10,00 i-Citra KWSP adalah penghasut rakyat.

“Ini menteri dari planet mana? Dapat menteri kluster kayangan macam ini boleh meninggal Malaysia dibuatnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran Puad turut mendapat perhatian netizen yang memohon agar beliau menyuarakan perkara tersebut kepada pihak berkaitan.

 

Menteri Kewangan kata, mereka yang memperjuangkan pengeluaran one off RM 10K i-Citra KWSP adalah penghasut rakyat. MB...

Posted by DrPuad Zarkashi on Saturday, January 1, 2022

“Dr tolong push MKT untuk highlights sama perdana menteri tentang one-off KWSP,” kata Lokman Haikal.

“Orang kayangan mana rasa kesusahan rakyat yang sedang bergelut dengan kehidupan gara-gara pandemik diikuti dengan masalah banjir. Politik juga punca orang kehilangan punca rezeki, jadi kambing hitam. Yang kata tetap kaya, yang susah makin susah,” kata Ina Wati.

“Rakyat yang nak meninggal dah ni. Beban kehidupan dengan beban nak beli barang harga melambung-lambung. Hari ni gaji, hari ni juga dah jadi miskin tegar balik. Tapi ye la, menteri takkan pernah alami apa lagi rasa peritnya,” kata Diela Cyg.

Sementara itu, majoriti netizen meluahkan kekecewaan mereka mengenai kenyataan tersebut dan menggesa Tengku Zafrul dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meletak jawatan.

“Mohon PM letak jawatan. Dan menteri-menteri semua digantikan dengan menteri baru. Semua menteri pentingkan diri. Makan sedap setiap hari, rakyat yang menderita mengemis hak sendiri,” kata Wan Buragas.

“Kami nak PM dan Menteri Kewangan turun letak jawatan,” kata Mohd Husairi.

Dua hari lalu, Tengku Zafrul menyifatkan pihak yang menggesa supaya kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra adalah penghasut rakyat.

“Hari ini, terdapat beberapa pihak yang lantang melobi untuk dibenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP.

“Perlu saya ulangi, idea ini pertama sekali dicetuskan oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan dan perkiraan yang rapi.

“Suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terbabit sama sekali dalam perhitungan dan keputusan berkenaan. Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan,” katanya.

Tengku Zafrul bagaimanapun tidak menamakan sesiapa dalam kritikan tersebut.

Begitu pun, beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki antara individu paling lantang menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP.

Pada Jumaat lalu, sekumpulan pencarum merancang untuk berarak dari pusat membeli-belah Sogo ke bangunan KWSP di Jalan Raja Laut dekat sini bagi membantah tindakan kerajaan menamatkan pengeluaran simpanan KWSP mereka melalui skim i-Citra.

Namun rancangan itu dibatalkan penganjur pada saat akhir.

Malah hasrat sekumpulan individu terbabit untuk bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP juga tidak kesampaian. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 22 jam yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 1 hari yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas