web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Halang Tunai Umrah Satu Diskriminasi Terhadap Umat Islam - PAMM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 2:48PM

Datuk Mustaffa Idrus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan ibadah umrah bermula 8 Januari depan merupakan satu diskriminasi terhadap umat Islam di negara ini, sekiranya ia berlarutan dalam tempoh yang lama.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, alasan kononnya ia bagi mencegah risiko penularan varian Omicron tidak wajar timbul, ketika semua jemaah telah lengkap divaksinasi termasuk mengambil dos penggalak.

Beliau berpandangan, arahan penangguhan ibadah umrah yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar amat mengecewakan bakal jemaah tahun ini.

“Keputusan itu merupakan satu diskriminasi kepada umat Islam yang mahu menunaikan ibadah umrah, ketika pintu untuk melancong ke negara lain masih terbuka.

“Arahan tersebut dikeluarkan berkemungkinan dijadikan sebagai alasan untuk rakyat menerima dos vaksinasi keempat dan seterusnya,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Mustaffa menjelaskan, tindakan demikian menunjukkan Khairy terlalu tunduk dan obses kepada arahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam membendung COVID-19, khususnya varian baharu.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PUTRA Negeri Kedah berkata, ini dibuktikan dengan Ahli Parlimen Rembau itu mengeluarkan pelbagai arahan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.

“Pemimpin perlu bijak berfikir dan menyelesaikan masalah bukannya terus buat kenyataan menyusahkan kalangan jemaah umrah.

“Demi keadilan, PAMM menuntut kerajaan mencari solusi yang lebih baik supaya jemaah yang mendapat panggilan dapat menunaikan ibadah umrah ke tahap paling mudah,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan penangguhan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, susulan penularan jangkitan COVID-19 di Arab Saudi terutama membabitkan varian Omicron.

Khairy ketika mengumumkan keputusan tersebut menegaskan, larangan berkenaan akan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Beliau menjelaskan, penangguhan sementara aktiviti umrah juga dijangka dapat mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes pandemik itu.

Pada masa sama, Khairy menjelaskan bahawa jemaah yang telah membuat tempahan tiket untuk menunaikan umrah pada 1 hingga 7 Januari masih dibenarkan untuk berlepas ke Tanah Suci. - Getaran, 2 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad