web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beradik Lemas, 1 Hilang Bot Terbalik Dipukul Ombak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 2:00PM

Mayat Saiful dibawa petugas ke Hospital Besar Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kemeriahan cuti tahun baharu buat enam beradik bertukar duka apabila dua daripadanya lemas, manakala seorang lagi masih hilang selepas bot yang mereka naiki terbalik dipukul ombak di perairan Kampung Tinagat, di sini, petang semalam.

Mayat Jaidi Muhaimin, 5, dan abangnya Saiful Muhaimin, 15, ditemui ahli keluarga dengan bantuan orang awam di Kampung Batu Payung kira-kira 1.5 batu Nautika dari lokasi bot karam.

Saksi kejadian, Mohd Azim Abd Rahman, 32, berkata, dia bersama dua lagi penduduk kampung mula bergerak ke kawasan pesisir pantai sekitar jam 6.30 pagi bagi mencari mangsa yang hilang.

Muhaimin Balayan (kanan) melihat jasad anak bongsunya Jaidi.
Muhaimin Balayan (kanan) melihat jasad anak bongsunya Jaidi.

“Sejak malam tadi kami dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Justeru, apabila air laut mula surut, saya bergegas ke tepi pantai untuk membantu mencari mangsa.

“Sebaik tiba di situ, kami ternampak seorang kanak-kanak, dipercayai antara mangsa terbaring dalam keadaan tertiarap di gigi air,” katanya.

Mohd Azim kemudian bertindak menghubungi pihak berkuasa dan penduduk kampung lain, sebelum ahli keluarga mangsa tiba di lokasi untuk pengecaman.

Tinjauan Getaran di lokasi mendapati mangsa kedua iaitu Saiful berjaya ditemui keluarga mangsa sekitar jam 9 pagi, tidak jauh dari lokasi mayat pertama ditemui.

Abang mangsa, Junior Muhaimin, 25, ketika ditemui berkata, terdahulu enam adiknya bersama ipar, sepupu dan rakan mereka menaiki sebuah bot dari Batu 4 ke Kampung Batu Payung untuk berkelah.

“Ketika dalam perjalanan pulang, bot yang mereka dinaiki air secara tiba-tiba sebelum semua mereka terhumban ke laut.

“Enam daripada mereka berjaya berpaut pada bot dan tong ikan sebelum diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di lokasi kejadian,” katanya.

Ibu mangsa ditenangkan ahli keluarga.
Ibu mangsa ditenangkan ahli keluarga.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Zon Maritim Tawau Komander (M) Amiludin Yenggah ketika ditemui berkata, kedua-dua mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kami masih meneruskan usaha mencari mangsa ketiga iaitu Rahena Muhaimin, 20 tahun,” katanya.

Selain Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, operasi mencari dan menyelamat itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta orang awam. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 2 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad