web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6,113 Kg Al-Quran Rosak Diterima JAWI Untuk Dilupuskan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 3:03PM

Longgokan al-Quran rosak akibat banjir yang diterima oleh JAIS untuk dilupuskan. - Gambar dari Facebook JAIS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerima sejumlah 6,113 kilogram al-Quran yang rosak akibat banjir untuk dilupuskan setakat semalam.

Jurucakap JAWI memaklumkan, al-Quran itu diserahkan kepada Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, dekat sini.

Katanya, sukarelawan JAWI turut membantu kerja penyusunan dan pengeringan al-Quran tersebut sebelum dilupuskan.

“Al-Quran tersebut diterima sama ada daripada individu perseorangan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah rendah agama yang terkesan akibat banjir di Kuala Lumpur dan Selangor, baru-baru ini.

“Orang ramai yang mahu melupuskan al-Quran yang rosak boleh menghubungi talian 03-22749333 sambungan 1410,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, perkhidmatan melupuskan al-Quran itu dilakukan secara percuma.

 

Alhamdulillah. Sehingga hari ini, Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam seliaan JAWI telah menerima sejumlah 6,113...

Posted by Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI on Wednesday, December 29, 2021

Selain JAWI, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut membuka enam pusat pengumpulan naskah al-Quran serta buku agama yang musnah akibat banjir yang melanda negeri tersebut pada 18 Disember lalu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan itu dilakukan selaras dengan tanggungjawab jabatan terbabit bagi menjaga kesucian ayat al-Quran.

Menurut beliau, bencana banjir besar yang berlaku telah memusnahkan harta benda termasuk naskhah al-Quran dan buku agama di masjid, surau, sekolah di samping rumah persendirian.

“JAIS menetapkan pusat pengumpulan itu terletak di Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai bagi daerah Hulu Langat; Tanah Perkuburan Islam Johan Setia di Klang dan Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya untuk Petaling.

“Selain itu, Masjid As-Solihin Kancong Darat untuk daerah Kuala Langat; Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya turut dijadikan pusat pengumpulan naskah al-Quran serta buku agama,” katanya.

Katanya, orang ramai yang menetap di sekitar kawasan tersebut boleh menghantar naskhah al-Quran dan kitab agama ke masjid berdekatan sehingga hari ini. - Getaran, 30 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran Tambah Baik Faedah Melalui Kawalan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad