Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Long Tiger Rancang Lari Ke Negara Jiran - Ayob

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 5:17PM

'Long Tiger' dipercayai cuba meloloskan diri ke Indonesia atau Thailand. Dia bagaimanapun berjaya ditahan dan direman selama empat hari sehingga 1 Januari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - 'Long Tiger', lelaki etnik Rohingya yang ditahan semula semalam selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, dipercayai merancang untuk melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dipercayai cuba meloloskan diri ke Indonesia atau Thailand. 

"Semalam, lebih kurang 3.15 petang, Long Tiger berjaya diberkas di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah bersama seorang lelaki berusia 46 tahun dipercayai bertindak melindunginya.

"Memang itulah (meloloskan diri ke negara jiran) rancangan Long Tiger iaitu sama ada mahu menyeberang ke Indonesia atau ke Thailand," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. 

Beliau berkata pergerakan Abdul Hamim dari Tangkak ke Sungai Petani dipercayai dibantu dua lelaki lain yang turut bertindak membeli kad sim dan memotong gari.

"Dua lelaki berumur 36 dan 38 tahun ini ditangkap di Batu Pahat, kira-kira pukul 3 pagi tadi. Seorang daripadanya ada rekod lampau jenayah dan dadah. Turut dirampas, sepasang gari dan pemotong besi," katanya sambil menambah berkemungkinan akan ada lagi tangkapan baharu dibuat selepas ini. 

Terdahulu, Abdul Hamim dan tiga lelaki berkenaan dibenarkan direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Januari oleh Mahkamah Majistret Tangkak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan. 

Ayob Khan berkata susulan itu, polis Johor telah membuka kertas siasatan tatatertib ke atas Ketua Polis Daerah Tangkak, Ketua Polis Balai Tangkak dan seorang Inspektor Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak atas kesalahan kecuaian penyeliaan. 

"Kertas siasatan tatatertib ini akan dikemukakan kepada Bukit Aman untuk penilaian dan tindakan susulan dan inilah antara tindakan yang diambil terhadap mana-mana anggota dan pegawai yang terlibat ke atas aspek kebertanggungjawaban dan penyeliaan yang mereka sepatutnya menyelia, memeriksa lokap dan sebagainya," katanya. 

Pada 17 Disember lepas, Ayob Khan dilaporkan berkata empat anggota polis iaitu seorang sarjan dan tiga koperal yang bertanggungjawab di Mahkamah Majistret Tangkak telah ditahan kerja dan disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam yang menyebabkan kecuaian sehingga orang kena tuduh melarikan diri.

Sementara itu, Ayob Khan berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan telah dibuka terhadap seorang pegawai polis berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) yang dipercayai terlibat dalam kecuaian menyebabkan pembocoran maklumat arahan Ketua Polis Johor pada 16 Disember lepas.

"Pegawai ini disyaki mendedahkan maklumat sulit. Orang awam, anggota dan pegawai polis yang menularkan mana-mana maklumat sulit, saya akan ambil tindakan tidak kira pangkat apa pun. Jangan terlalu ghairah nak menularkan atau menjadi orang pertama menyebarkan berita melibatkan operasi polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Jebat JD' disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menularkan gambar tangkapan 'Long Tiger'. 

"Individu ini berusia 47 tahun berasal dari Klang dan merupakan bekas anggota polis," katanya sambil menambah tindakan turut diambil terhadap seorang koperal polis berusia 30 tahun yang bertugas di negeri ini kerana melakukan tindakan sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lari Daripada Jagaan Polis, Long Tiger Dipenjara 12 Bulan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Dipenjara 5 Bulan Lindungi Long Tiger

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Long Tiger, Kertas Siasatan Hampir Siap - Ayob

4

Semasa 2 tahun yang lalu

15 Hari Melarikan Diri, Long Tiger Tumpas Jua

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak