web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Long Tiger, Kertas Siasatan Hampir Siap - Ayob

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 12:18PM

Long Tiger direman selama 4 hari bermula Rabu lalu selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kertas siasatan membabitkan kes 'Long Tiger', lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. 

Abdul Hamim dan tiga lelaki berumur 36 hingga 46 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, selepas Abdul Hamim dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Disember lepas, sebelum perbicaraan kesnya bermula.

Selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, Abdul Hamim juga masih berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Lari Daripada Jagaan Polis, Long Tiger Dipenjara 12 Bulan

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Lelaki Dipenjara 5 Bulan Lindungi Long Tiger

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Long Tiger Rancang Lari Ke Negara Jiran - Ayob

4

Semasa 4 tahun yang lalu

15 Hari Melarikan Diri, Long Tiger Tumpas Jua

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad