web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peja Sudah Selesai Kuarantin - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 7:07PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Beliau berkata, Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja, sudah selesai menjalani tempoh kuarantin selepas kembali dari luar negara.

“Peja pulang minggu lalu dan dia sudah menjalani tempoh kuarantin,” katanya ringkas pada sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal didakwa melanggar SOP COVID-19 kerana tidak menjalani kuarantin selepas bercuti selama 12 jam ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Susulan perkembangan, Ketua Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Yuslaini Azmi meluahkan rasa hairan, bagaimana pemimpin itu boleh turun padang membantu mangsa banjir di Banting, Selangor hari ini sedangkan masih dalam tempoh kuarantin wajib.

Katanya, tindakan Ahmad Faizal itu tentunya membahayakan orang ramai terutama ketika varian Omnicron semakin menular dalam negara.

“Beliau mengakui sudah merentas ke luar negara, namun mengapa hari ini turun padang bertemu mangsa banjir sedangkan pengembara wajib menjalani kuarantin walau apa jua keputusan ujian COVID-19 mereka.

“Adakah Kementerian Kesihatan memejam mata dengan pelanggaran SOP yang jelas oleh Menteri Belia dan Sukan ini?” katanya.

Ahmad Faizal ialah antara menteri Kabinet yang dikatakan bercuti ke luar negara ketika Malaysia dilanda krisis banjir.

Sementara itu, beliau berkata KKM akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas ke atas individu yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO).

“Dari 1 hingga 28 Disember lalu, data MySejahtera menunjukkan sebanyak 1.4 peratus kes positif COVID-19 yang diberikan HSO telah melanggar perintah kuarantin tersebut.

“Kita mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas, antaranya mengenakan kompaun ke atas individu berkenaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan sekatan perjalanan sementara ke atas lapan negara iaitu Afrika Selatan, Bostwana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, kesemua negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah terkini dalam senarai tersebut kepada 18 negara. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Politik 5 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

4

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad