web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tauliah Aktivis Politik Ajar Islam Di Selangor Ditarik Balik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 6:54PM

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tauliah pengajaran agama Islam yang diberikan kepada ahli politik di Selangor akan ditarik semula berkuat kuasa 31 Disember nanti.

Perkara itu diputuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak terutama di masjid dan surau.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Sultan Selangor tidak perkenan tauliah mengajar itu diberikan kepada mana-mana aktivis politik bagi menjaga kesucian agama Islam di negeri itu.

Katanya, baginda bimbang tindakan itu boleh disalahgunakan untuk kepentingan parti politik yang akhirnya membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam.

“Selaras dengan titah itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang telah dikeluarkan kepada pemegang tauliah berkenaan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang memegang portfolio agama Islam masih boleh menyampaikan pengajaran agama Islam.

“Namun, dengan syarat ia tidak menyentuh hal berkaitan politik dalam perkara yang disampaikan.

“Pengecualian itu juga adalah selaras dengan titah Sultan Selangor,” katanya.

Katanya lagi, mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, mereka yang bertindak mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam berhubung perkara itu merupakan kesalahan di bawah perenggan 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 4 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad