web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amaran Angin Kencang, Ombak Besar Kategori Jingga Sehingga 2 Januari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 3:58PM

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan meminta seorang pengunjung beredar dari kawasan persisiran pantai berikutan berlaku situasi angin kencang dan laut bergelora di pantai peranginan Port Dickson, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan ombak besar kategori jingga, yang diramalkan melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Labuan sehingga 2 Januari depan.

Antara kawasan yang diramalkan berdepan keadaan itu adalah Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman, Utara Bunguran, Tenggara Reef North, Utara Reef South dan Labuan.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan MET Malaysia, kawasan terbabit diramalkan dilanda angin kencang hingga mengakibatkan ombak besar kategori kedua (jingga) yang mampu membawa angin hingga mencapai kelajuan 60 kilometer per jam.

Selain itu, ia juga berpotensi mencetuskan ombak besar setinggi 4.5 meter di kawasan yang terbabit.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri,” katanya hari ini.

Sementara itu, MET Malaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang kategori ketiga (merah), yang diramalkan melanda Pulau Layang-Layang di Sabah.

Berdasarkan maklumat agensi terbabit, kategori merah berkenaan diramalkan membawa angin kencang sehingga melebihi 60 kilometer per jam selain mengakibatkan ombak besar melebihi 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Beberapa Negeri Hingga 25 Jan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Beberapa Negeri

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar