web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Beberapa Negeri Hingga 25 Jan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 5:33PM

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara hingga Rabu depan (25 Jan). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara hingga Rabu depan (25 Jan).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran kategori pertama membabitkan kejadian angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dan keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Amaran kenaikan paras air laut turut dikeluarkan MetMalaysia yang dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga esok dan keadaan itu berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk perkapalan.

Amaran kategori ketiga melibatkan fenomena angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore hingga Rabu depan dan keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Bagi amaran kategori kedua, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Tioman, selatan Condore, barat Reef North hingga Rabu ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan selatan Samui, selatan Tioman, Bunguran, timur Reef North, utara Reef South, Layang-Layang dan Palawan hingga Rabu.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad