web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPJ Tawar Ganti Dokumen Percuma Pada Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 8:47PM

Seorang penduduk memeriksa sama ada dokumen penting miliknya dapat diselamatkan atau tidak, selepas rumahnya di Taman Sri Muda, Shah Alam ditenggelami air. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan gantian dokumen penting seperti Lesen Memandu Malaysia (LLM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC) secara percuma, kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi JPJ, inisiatif ‘touch point’ jabatan itu khusus untuk semua mangsa banjir di lokaliti terjejas yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.

“Pemilik perlu membuat laporan polis mengenai kehilangan atau kerosakan dokumen dan hadir sendiri membawa dokumen yang rosak bagi mendapatkan gantian di mana-mana pejabat kaunter JPJ.

“Bagi yang kehilangan dokumen asal pula, mereka perlu membawa salinan laporan polis atau Borang Pendaftaran Mangsa Bencana yang dikeluarkan Pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai bukti,” menurut kenyataan itu.

JPJ memaklumkan pihaknya juga akan memberi kelonggaran dari segi pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan, terhadap kenderaan perdagangan atau persendirian yang terlibat dalam operasi menyelamat serta membawa bekalan untuk mangsa banjir, sehingga bencana itu terkawal sepenuhnya.

Menurut JPJ, tindakan tersebut selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang turut mendorong jabatan itu untuk sentiasa siap siaga menghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga kerja serta aset ke lapangan.

“Pihak JPJ dan seluruh warga kerja mendoakan agar semua mangsa banjir diberi kekuatan dan dipermudahkan dalam segala urusan,” menurut kenyataan jabatan itu lagi. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar