web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Omicron: 30 Kes Libatkan Individu Pulang Dari Umrah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 11:45AM

KKM menerima laporan sebahagian besar individu yang disahkan positif COVID-19 melibatkan varian Omicron, tidak mematuhi arahan pengasingan ketika menjalani HSO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 daripada 49 kes positif COVID-19 membabitkan varian Omicron yang dikesan pada 23 dan 24 Disember, disahkan dibawa oleh individu yang pulang dari melakukan Umrah di Arab Saudi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata jumlah itu menimbulkan kerisauan kepada pihak kerajaan disebabkan berdasarkan laporan diperoleh sebahagian besar individu terbabit tidak mematuhi arahan pengasingan daripada ahli keluarga masing-masing ketika menjalani kuarantin di rumah (HSO).

Menurut beliau, pengembara yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah adalah disebabkan mereka mempunyai kemudahan bilik berasingan sebaliknya berdasarkan laporan individu terbabit sudah bergaul sesama ahli keluarga walaupun tempoh kuarantin belum tamat.

“Mereka balik dan bergaul dengan ahli keluarga, mereka terima tetamu daripada jiran tetangga. Mungkin ada (antaranya) yang nak salam ambil berkat namun akhirnya salam ambil Omicron.

“Jadi saya harap perkara ini dapat dipatuhi, ini (perkara) serius. Ia akan meningkatkan risiko penularan kes sekiranya mereka didapati positif,” katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) pagi ini.

Menurut Khairy, KKM juga menerima banyak kes membabitkan individu yang keputusan ujian sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif namun sebaik tiba keputusan ujian mereka menunjukkan sebaliknya.

“Ini bermaksud bahawa dalam tempoh 72 daripada mereka menjalani ujian sebelum berlepas sehingga ujian ketika tiba, mereka mungkin dijangkiti. Ia disebabkan kebolehjangkitan Omicron adalah sangat-sangat tinggi.

“Jadi jika mereka tidak mematuhi arahan kuarantin ketika pulang ke rumah ia akan meningkatkan risiko penularan antara ahli keluarga seterusnya orang lain,” katanya.

Berdasarkan pecahan kes Omicron yang disahkan pada 23 dan 24 Disember itu, 30 kes dari Arab Saudi, United Kingdom (5), Qatar (4), Amerika Syarikat (3), Nigeria (2) dan masing-masing satu dari Itali, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Ghana dan penularan tempatan di Sarawak.

Bagaimanapun, individu yang disahkan dijangkiti varian Omicron itu hanya mengalami simptom ringan iaitu kategori satu dan dua sahaja.

Menurut Khairy lagi, kerajaan sedang merencanakan kaedah yang terbaik bagi mengekang penularan varian Omicron termasuk mengambil kira untuk memperketatkan ujian saringan COVID-19 di pintu masuk antarabangsa.

Bagaimanapun, menurutnya ketetapan itu perlu selari dengan kemudahan yang ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk tidak menyulitkan perjalanan pengembara untuk pulang ke tanah air.

“Mungkin kita perlu membuat ujian PCR dan juga RTK (serentak), maka apabila kita dapat tahu mereka positif, kita boleh mengasingkan mereka supaya tidak bergaul dengan ahli keluarga lain,” katanya. - Getaran, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar