web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembukaan Sesi Persekolahan Penggal Tiga 2021/2022 Ditangguh Seminggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 4:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan pembukaan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 selama seminggu, susulan situasi banjir yang kini melanda negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata penangguhan itu sebagai memberikan tempoh bertenang kepada guru, murid dan ibu bapa untuk kembali mempersiapkan keperluan memulakan hari persekolahan dalam keadaan bencana terbabit.

“Seperti mana diumumkan KPM sebelum ini, sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi negeri kumpulan B.

“Bagaimanapun mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang membabitkan murid, ibu bapa dan guru sama ada langsung atau tidak langsung, malah melibatkan sekolah sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) atau terjejas teruk, KPM membuat keputusan bahawa sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu,” katanya menerusi video di Facebook.

Penangguhan itu bermakna sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala, bagi negeri kumpulan B, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan, sesi persekolahan akan dimulakan pada 10 Januari 2022.

Radzi berkata, KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan guru, murid dan ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

“Kita doakan yang terbaik untuk mangsa banjir di seluruh negara dan sebarang keputusan dibuat KPM, kita sentiasa mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad