web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Turun Di 4 Negeri, Negeri Sembilan Meningkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 11:01AM

Beberapa motosikal pelanggan yang musnah susulan kejadian banjir yang melanda pada 18 Dis lepas di sebuah kedai membaiki motosikal ketika tinjauan fotoBernama semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bencana banjir yang melanda negara menyaksikan penurunan jumlah mangsa di Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka, manakala di Negeri Sembilan merekodkan sedikit peningkatan sementara di Perak pula jumlah mangsa kekal, setakat pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di KELANTAN mencatatkan penurunan apabila 1,389 orang daripada 472 keluarga pagi ini berbanding 1,666 orang daripada 572 keluarga, semalam, melibatkan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya yang mana hanya dua sungai sahaja berada pada paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Di SELANGOR, Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) memaklumkan negeri itu merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 17,915 dari 4,407 keluarga melibatkan 101 pusat pemindahan sementara berbanding 18,126 orang di 103 PPS malam tadi.

Setakat 4 pagi tadi, Polis Selangor memaklumkan 10 jalan telah dinaiki air dan ditutup untuk laluan kenderaan di negeri tersebut melibatkan lapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu.

Jalan yang ditutup adalah Lorong Ikan Haruan, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights (IPD Subang Jaya); Jalan Olak Lempit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (IPD Kuala Langat); Jambatan FT 31 Dengkil - Banting (IPD Sepang) dan Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra (IPD Sungai Buloh).

Turut ditutup Jalan Sg Panjang-Tanjung Malim (IPD Sabak Bernam); Jalan Kuala Selangor-Meru dan Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya (IPD Kuala Selangor) manakala jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang ditutup ekoran rosak serta Jalan PJU 7, Hadapan  MRT, Mutiara Damansara ditutup kerana berlubang (IPD Petaling Jaya).

JPS memaklumkan aras air Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat yang berada pada paras bahaya semalam kini di paras amaran dengan ketinggian 4.15 meter.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di PAHANG pagi ini sedikit menurun kepada 34,390 orang yang ditempatkan di 245 PPS kini berbanding 34,487 di 246 PPS semalam, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Lebuhraya Pantai Timur menerusi catatan Twitter memaklumkan laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, melibatkan Chenor ke Temerloh sudah dibuka namun Temerloh ke Karak masih tidak boleh dilalui kedua-dua hala. 

Di MELAKA pula, jumlah mangsa menurun kepada 110 mangsa daripada 27 keluarga setakat 8 pagi ini dan kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS yang masih dibuka di daerah Alor Gajah dan Jasin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata daripada jumlah itu, sebanyak 42 mangsa dari 13 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah.

“Di daerah Jasin pula, jumlah mangsa masih kekal iaitu sebanyak 68 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Penghulu Benteng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di PERAK setakat  8 pagi ini masih kekal dengan 153 mangsa dari  44 keluarga di dua PPS di daerah Hilir Perak.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata sebanyak 105 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan manakala 48 mangsa lagi berada di PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Beliau berkata cuaca pada pagi ini dilaporkan baik dan cerah namun air banjir yang belum surut sepenuhnya menyebabkan mangsa masih belum dibenarkan pulang sejak ditempatkan di kedua-dua PPS  Ahad lepas.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu adalah 309 individu daripada 84 keluarga dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat pagi ini.

Dalam pada itu,  daerah terkesan bencana kini beralih ke fasa pascabanjir dengan dengan bantuan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh agensi penguat kuasa dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut aplikasi Info Bencana JKM, sebanyak 56, 904 jumlah mangsa direkodkan di seluruh negara dan terdapat 363 PPS dibuka setakat 9 pagi ini.

Sementara itu, menurut JPS, lima sungai utama di seluruh negara berada di paras bahaya setakat 7 pagi ini, iaitu Sungai Pahang di Water Front; Lubuk Paku; Kuala Sungai Chini dan Sungai Bera serta Sungai Kundang di Pahang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

3

Semasa 6 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad