Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nyawa Di Hujung Tanduk, Pemuda Berendam 4 Jam Treler Tenggelam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 11:57AM

Shamirul Alif Zulman dimasukkan ke Hospital Raub untuk pemeriksaan, namun dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berpantang maut sebelum ajal benar-benar perumpamaan tepat untuk menggambarkan pengalaman getir seorang pemuda, selepas treler dipandunya tenggelam dek banjir.

Shamirul Alif Zulman, 24, sempat berpaut pada pokok rotan bagi mengelak daripada dihanyutkan arus deras banjir di Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dekat Bentong, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, dia cuba meredah banjir di laluan tersebut sebelum treler dipandunya tiba-tiba rosak.

“Saya dalam perjalanan dari Batu Caves menuju ke Gua Musang, Kelantan. Sebaik sampai di Lebuhraya CSR, saya nampak banjir di depan. Saya turun tengok dan biasanya paras air tu lepas kalau treler nak lalu.

“Bila sampai dekat tengah jalan, tiba-tiba enjin mati. Masa tu paras air tak tinggi lagi. Dalam masa setengah jam tu saya duduk dalam treler, kemas barang-barang saya. Tak lama lepas tu air naik secara tiba-tiba, saya nampak ada kepala air,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Treler yang dipandu Shamirul yang tenggelam sepenuhnya sebelum itu dapat dilihat semula kira-kira jam 5 pagi kelmarin.
Treler yang dipandu Shamirul yang tenggelam sepenuhnya sebelum itu dapat dilihat semula kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Panik dengan kejadian itu, Shamirul atau lebih mesra disapa Acik, naik ke atas kepala treler untuk menyelamatkan diri kira-kira jam 1.30 pagi.

Katanya, dia sempat membuat panggilan video dan berkongsi lokasi terakhir kepada adiknya Muhamad Afiq Aizat Zulman, 19, sebelum kehabisan bateri telefon bimbit.

“Saya sempat hantar location pada adik, lepas tu phone mati. Kebetulan adik saya memang kerja di Raub. Bila adik sampai di tempat kejadian, treler tu memang dah tenggelam terus. Sampailah jam 5 pagi barulah nampak hujung kepala treler.

“Waktu tu dia dah tak keruan sebab tak tahu keadaan saya. Dia hanya fikir sama ada saya masih hidup atau mati sebab keadaan air masa tu memang deras dan dalam,” katanya.

Menurut Shamirul, dia nekad untuk berenang ke bahagian tebing kerana paras air yang semakin naik.

“Bila saya naik ke atas kepala treler, saya tengok air makin naik, makin naik. Seorang abang dekat seberang tu suruh saya berenang ke tebing dulu sebab nampak macam ada tanah.

“Waktu saya berenang tu saya terjumpa empat tong minyak. Saya sauk kat lengan sebelum berpaut pada pokok rotan yang dipenuhi duri. Saya tiada pilihan. Saya berendam kesejukan sampai jam 5 pagi. Lepas tu ada seekor ular lalu bawah kaki. Saya terus ikhtiar panjat atas pokok berdekatan. Kawasan sekitar pokok tu air memang dalam, saya rasa lebih lima meter,” katanya.

Selepas beberapa jam berendam, Shamirul Alif Zulman akhirnya berjaya dibawa keluar.
Selepas beberapa jam berendam, Shamirul Alif Zulman akhirnya berjaya dibawa keluar.

Akuinya lagi, dia hampir berputus asa tetapi seorang pemuda yang turut terkandas di seberang jalan menaikkan semangatnya untuk terus kuat.

“Abang yang naik Hilux warna merah tu dia tunggu di lokasi kejadian sampai pagi. Dia yang bagi saya semangat, suruh saya bertahan. Saya masa tu memang dah putus asa.

“Masa tu dah terbayang antara hidup dan mati. Saya tak putus-putus berdoa, tawakal dan ikhtiar panjat pokok,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu berjaya diselamatkan adiknya dengan bantuan penduduk Mempaga kira-kira jam 8.30 pagi.

“Saya tiba-tiba terdengar bunyi enjin bot tapi tak nampak (bot) sebab terlindung dengan pokok. Saya pun tengok jam masa tu dah 8.30 pagi. Saya dengar ada orang jerit nama Acik, Acik berulang kali. Saya pun menyahut. Pada awalnya adik macam tak percaya, dia ingatkan suara orang di seberang sana.

“Dia pergi dekat dengan suara tadi. Disebabkan banyak pokok, dia main redah je dan terkejut tengok saya tengah berdiri atas sebatang pokok,” katanya.

Lokasi Shamirul ditemui kira-kira jam 8.30 pagi, Ahad lalu.
Lokasi Shamirul ditemui kira-kira jam 8.30 pagi, Ahad lalu.

Sementara itu, Muhamad Afiq Aizat menarik nafas lega apabila abangnya ditemui dalam keadaan selamat.

“Masa tu saya tengok abang dah lemah, kesejukan, cramp, badan luka dan banyak kesan calar-balar akibat duri pokok rotan.

“Waktu saya terlelap jam 3 pagi kelmarin, saya mimpi abang saya selamat, dia bagi saya air. Alhamdulillah sekarang dia betul-betul selamat, barulah saya rasa lega,” katanya.

Shamirul dikejarkan ke Hospital Raub kira-kira jam 9 pagi, tetapi dibenarkan pulang pada hari sama.

“Alhamdulillah keadaan saya semakin baik cuma masih rasa sakit-sakit pada badan akibat luka dan bengkak terkena duri pokok rotan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi menyelamatkan saya. Saya terhutang budi kepada anda semua. Pengalaman ini tidak akan saya lupa sampai bila-bila,” katanya. - Getaran, 22 Disember 2021

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa 1 hari yang lalu

Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia Pada 7, 8 Mei 

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad