web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sokong Orang Ramai Ambil Dos Penggalak Tapi Tak Wajar Tetapkan Tempoh - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 9:14AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tempoh selewat-lewatnya pada Februari tahun depan kepada penerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 untuk mengambil dos penggalak tidak wajar dilakukan dan perlu dipertimbangkan semula.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, tempoh yang ditetapkan itu terlalu singkat.

“Pada pendapat saya, tempoh yang diberikan terlalu singkat. Kenapa nak tergesa-gesa sangat? Tak bolehlah macam tu, nanti akan jadi kelam-kabut.

“Kalau boleh pertimbangkan semula tempoh yang ditetapkan. Kalau lanjut sehingga enam bulan, OKlah sebab ramai tak dapat lagi tarikh temu janji mereka,” katanya kepada Getaran.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan perlu menaik taraf sistem MySejahtera dan mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekiranya mahu mempercepatkan proses pemberian dos penggalak.

“Masalahnya nak dapatkan vaksin tu bukan semua tempat ada. Dekat klinik swasta pun ada yang jual dan bukan semua mampu beli.

“Jadi kalau kita nak paksa orang ambil (dos penggalak) kerajaan kena sediakan perkakasannya. PPV mesti ada, MySejahtera mesti bagus. Kerajaan kenalah bersiap-siap dari sekarang,” katanya.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Walaupun kurang bersetuju mengenai tempoh masa yang ditetapkan, Dr Sharifa Ezat menggalakkan orang ramai supaya mengambil dos penggalak terutamanya penerima vaksin Sinovac bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Kalau Sinovac tu memang eloklah ambil sebab memang ada banyak kajian mendedahkan berlaku penurunan antibodi di kalangan penerima vaksin tersebut.

“Jadi nak naikkan semula tahap antibodi tu mereka perlulah ambil dos penggalak. Sebab itulah Kementerian Kesihatan (KKM) cakap kena ambil. Itu saya sokong sebab nak kurangkan risiko jangkitan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman menyokong langkah tersebut kerana berpendapat keputusan berkenaan mengambil kira data semasa ancaman COVID-19 di negara ini.

“Pada pandangan saya keputusan itu adalah yang terbaik untuk kesihatan rakyat dan bagi meneruskan kesinambungan proses pemulihan negara.

“Kita perlu sentiasa mengingati pengalaman getir apabila kes aktif melebihi 260,000 pada Ogos lalu yang menyebabkan sistem perkhidmatan kesihatan negara hampir lumpuh dan angka kematian harian mencapai ratusan nyawa,” katanya.

Walaupun ada segelintir individu menyifatkan tindakan itu kejam, Dr Malina berkata fokus pencegahan perlu melihat kepada manfaat masyarakat secara keseluruhan.

“Saya berpendapat seelok-eloknya dahulukan kepentingan majoriti, bukannya persepi individu yang bersifat peribadi sehingga menafikan kepentingan kesihatan dan menjejaskan agenda pemulihan negara.

“Saya juga yakin tindakan proaktif itu dibuat untuk mengelak kemungkinan berlakunya pusingan ledakan kes yang mungkin sekali lagi menjejaskan sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini,” katanya.

Empat hari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.

Malah katanya, individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.

Beliau berkata sekiranya kumpulan individu terbabit masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

Katanya, individu terbabit juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 55 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad