web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Cedera Van Penumpang Bertembung 4WD

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 10:03PM

Anggota bomba berusaha untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebelas individu cedera selepas van 12 penumpang yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Poring, Ranau, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, van berkenaan dilaporkan bertembung dengan sebuah Isuzu DMax.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang melalui talian MERS999.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerah ke lokasi dengan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sejurus tiba, pasukan mendapati 11 orang cedera dalam kemalangan tersebut dan segera memberikan rawatan awal.

“Tiga mangsa lagi dihantar ke Hospital Ranau menggunakan EMRS  bersama seorang pembantu perubatan manakala lapan lagi dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 5 petang selepas tiada sebarang bahaya dikesan di lokasi kejadian. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 2 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad