web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Maut Nahas Dikebumi Berasingan, 4 Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:30PM

Semua mangsa yang maut dalam kemalangan lewat malam tadi akan dikebumikan esok. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jenazah sembilan beranak yang maut dalam nahas berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE, dekat sini, malam tadi perlu dikebumikan berasingan esok, selepas empat daripada mangsa disahkan positif COVID-19.

Lima daripada mangsa termasuk ibu mereka, Norul Naziah Buyong, 37 dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad, manakala empat lagi termasuk bayi berusia 10 bulan akan diuruskan secara berasingan.

Mengesahkan perkara itu, adik kepada Norul Naziah, Nurul Atika, 33, berkata, pengebumian semua jenazah akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

“Keluarga akan menguruskan jenazah secepat mungkin dijangka sebelum solat Zohor esok. Abdul Razak pula perlu menjalani kuarantin sementara menanti keputusan ujian saringan COVID-19,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan yang dijalankan pihak hospital mendapati empat daripada mereka positif COVID-19.

“Berikutan itu, lima jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad manakala empat lagi secara berasingan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang maut, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dijangka dikebumikan di tanah perkuburan sama malam ini selepas keputusan ujian saringan COVID-19 disahkan negatif.

Nahas yang meragut nyawa ahli keluarga Abdul Razak Majit, 50, itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara di Melaka.

Selain Norul Naziah dan Mohamad Rahimi, turut terkorban ialah lapan anak ibu malang itu iaitu Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

3 Maut 4 Kilang Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Restoran Makanan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Ganja Bernilai RM5.9 Juta Dirampas, 7 Individu Ditahan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 53 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad