web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemalangan Elite: Lesen Pengendali Treler Akan Digantung, Dibatalkan Jika Langgar ICOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 7:29PM

Mangsa yang terselamat, Abdul Razak Majid, mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah menggantung atau membatalkan lesen pengendali syarikat treler terlibat kemalangan di Lebuhraya ELITE yang mengorbankan 10 nyawa malam tadi, akan dikeluarkan sekiranya didapati melanggar keperluan Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi ICOP serta melanggar syarat lesen pengendali dan perintah itu akan dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas selesai siasatan oleh pihak berkuasa.

"Semua pihak berkuasa berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang menyiasat kejadian tersebut secara terperinci untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan kemalangan tragis itu berlaku.  

"Laporan daripada penyiasatan ini nanti termasuk laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ akan diserahkan secepat mungkin kepada APAD untuk tindakan lanjut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya pelanggaran syarat itu mampu mewujudkan risiko keselamatan kepada pemandu lain termasuk pejalan kaki dan orang awam, secara amnya.

"MOT amat berduka cita dengan kejadian tersebut apabila sebuah lori treler merempuh tiga buah kereta yang berhenti di lorong kecemasan sehingga meragut 10 nyawa termasuk seorang ibu dan lapan orang anaknya," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad