web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taburan Hujan Tinggi, 23 Stesen Sungai Lebihi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 11:06AM

Keadaan di Bandar Bukit Raja, Klang yang ditenggelami air susulan hujan lebat dan berterusan semalam. - Gambar dari Twitter Ihsan Junid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taburan hujan yang tinggi diterima di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia mengakibatkan 23 stesen sungai mencatatkan peningkatan paras air mendadak sehingga melebihi paras bahaya.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, setakat jam 9 pagi tadi, negeri yang mencatatkan peningkatan paras air sungai pada tahap bahaya adalah Selangor (11), Pahang (4), Kelantan (2), Perak (2), Melaka (2), Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing satu.

Bandar Bukit Raja, Klang, ditenggelami air. - Gambar dari Twitter Ihsan Junid
Bandar Bukit Raja, Klang, ditenggelami air. - Gambar dari Twitter Ihsan Junid

Selangor menjadi negeri tertinggi dengan 11 stesen sungainya dilaporkan menunjukkan bacaan melebih paras bahaya.

Antara yang terbabit adalah Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek; Sungai Klang di Taman Sri Muda; Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning; Sungai Rasau di Tugu Keris; Sungai Binjai di Pekan Meru dan Sungai Langat di Bukit Changgang.

Turut terkesan adalah Sungai Selangor di Rantau Panjang; Sungai Bakul di Kampung Budiman; Sungai Langat di Jenderam Hilir; Sungai Jijan di Taman Desa Merpati dan Sungai Langat di Dengkil.

Selain itu, terdapat empat stesen sungai di negeri itu yang kini mencatatkan bacaan paras air pada paras amaran.

Di Pahang, stesen sungai yang dilaporkan menunjukkan peningkatan paras air pada tahap bahaya adalah Sungai Tembeling di Kampung Merting, Sungai Lipis di Batu Malim, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau.

Negeri tersebut juga mencatatkan lapan bacaan melebihi tahap amaran di lapan stesen sungai.

Di Kelantan dan Terengganu, tiga stesen sungai yang kini mencatatkan bacaan pada tahap bahaya adalah Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Golok di Kampung Jenob dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja.

Enam lagi stesen sungai di kedua-dua negeri itu pula menunjukkan bacaan melebihi paras amaran.

Dalam perkembangan berkaitan, dua stesen sungai di Perak mencatatkan bacaan pada tahap bahaya iaitu Sungai Bidor di Changkat Jong dan Sungai Slim di Slim River.

Manakala di Melaka dan Negeri Sembilan, tiga stesen sungai menunjukkan bacaan pada tahap bahaya iaitu Sungai Melaka di Melaka Pindah, Sungai Melaka di Batu Hampar dan Sungai Linggi di Pekan Linggi.

Sementara itu, tiga stesen sungai di kedua-dua negeri terbabit juga menunjukkan bacaan melebihi tahap amaran.

Peningkatan paras air mendadak boleh mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, justeru penduduk di lokasi terlibat  diingatkan untuk berhati-hati sepanjang masa. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Penunggang Motosikal Parah Dirempuh Perodua Bezza

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 minit yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad