web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Kem Tentera Bergabung Derma Darah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 5:40PM

Nizam diiringi Mohd Zuki ketika hadir di Program Marathon Derma Darah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Empat batalion dan rejimen tentera tampil menderma darah dalam Program Marathon Derma Darah di 8 Rejimen Sempadan Shan Shui, di sini, hari ini.

Ketua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tawau Julaydi Mattuju berkata, empat batalion terlibat adalah 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui, 13 Bridged Infantri Kem Cenderawasih Lahad Datu, Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan dan Rejimen 516 Askar Wataniah Kem Kukusan.

“Umum sedia maklum mengenai masalah kekurangan bekalan darah yang berlaku di Tabung Darah Hospital Besar Tawau terutamanya sejak pandemik COVID-19 melanda.

“Oleh itu, buat julung kalinya PVATM Cawangan Tawau menerusi Beliawira menganjurkan program derma darah bertempat di 8 Rejimen Sempadan Kem Shan Shui,” katanya kepada media.

Tambah Julaydi, pihaknya menjangkakan 150 pain darah dapat dikumpulkan dalam program sehari itu.

“Bagaimanapun, kemungkinan jumlah itu melebihi daripada sasaran, memandangkan program ini mendapat kerjasama daripada empat kem tentera sekitar Tawau dan Lahad Datu.

“Melihat sambutan menggalakkan selain isu keperluan bekalan darah di hospital, PVATM Cawangan Tawau bercadang untuk menganjurkan program sebegini setiap enam sekali termasuk membabitkan komuniti di kawasan kediaman,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan melihat keperluan program derma darah dalam usaha mempromosikan kempen seumpamanya bagi memenuhi keperluan bekalan darah di daerah ini.

“Seperti yang dimaklumkan tadi, memang bekalan darah di Tabung Darah Hospital Besar Tawau berada dalam kritikal.

“Justeru, saya melihat program sebegini dapat membantu mengumpulkan bekalan darah yang diperlukan,” katanya.

Nizam berharap lebih ramai pihak tampil menganjurkan program sebegini kerana setiap sumbangan darah yang diberikan dapat menyelamatkan nyawa ramai pesakit.

Sementara itu, sehingga jam 10 pagi tadi, lebih 100 pegawai dan anggota tentera hadir untuk menderma darah.

Turut hadir, Pegawai Memerintah Batalion ke 8 Rejimen Sempadan, Kem Shan Shui Leftenan Kolonel Mohd Zuki Edang @ Yusoff. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 2 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

3

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

5

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

6

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 minit yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar