web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Sudah Ke Laut, Kerajaan Perlu Perinci Garis Panduan - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 9:00AM

Lokasi percutian di seluruh negara dipenuhi oleh pengunjung sepena cuti sekolah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Musim cuti sekolah kali ini lebih bermakna apabila kelonggaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan pada 11 Oktober lalu membolehkan rakyat merancang percutian ke destinasi luar daerah.

Tidak dinafikan hotel di seluruh negara mula dipenuhi pengunjung yang mahu memanfaatkan cuti sekolah bersama anak-anak sejak hujung minggu lalu.

Begitu juga beberapa destinasi menarik yang pernah tular sebelum ini turut menjadi tumpuan pengunjung.

Walaupun banyak kelonggaran telah diberikan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika ini amat membimbangkan atau pendek kata sudah mula ‘ke laut’.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengakui, orang ramai sudah  tidak lagi mengambil peduli soal pematuhan SOP kerana pemimpin sendiri yang memberikan contoh tidak baik kepada mereka.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

“Awak cakap pasal pematuhan SOP, lepas tu bagi mesej ‘marilah beramai-ramai sertai program Aspirasi Keluarga Malaysia. Maka orang ramai pun datang.

“Malah menteri sendiri ada yang langgar SOP ditetapkan. Adakah ini satu program Maharaja Lawak Mega? Jadi pada saya rakyat dah muak dan hilang kepercayaan terhadap pemimpin kita,” katanya kepada Getaran.

Malah menerusi pemerhatiannya di beberapa kawasan ketika musim cuti sekolah, Dr Zainal Ariffin berkata, banyak pelanggaran SOP berlaku.

“Mana-mana saya pergi sekali pun saya tengok SOP memang nampak longgar. Senang cakap sekadar cukup syarat sahaja.

“Dekat hotel tempoh hari pun, saya tengok ada bermacam-macam function dari kenduri kahwin sehinggalah mesyuarat perwakilan. Ramai tak ikut SOP.

“Orang pun ramai makan dekat restoran hotel. Ada staf jaga tapi tak check betul-betul pun MySejahtera pelanggan. Apa gunakan wujudkan sistem tersebut?” soalnya.

Susulan itu, beliau menggesa kerajaan untuk mengkaji semula SOP sedia ada dan menetapkan pendirian mereka berhubung status ancaman COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

“Tolong kaji semua SOP sedia ada supaya rakyat tahu apa yang sebenarnya kerajaan mahukan. Adakah sekarang masih fasa pandemik atau endemik? Semuanya harus dijelaskan.

“Kalau awak yakin dengan vaksin jangan pusing-pusing. Sekejap kata cukup dua dos, sekejap kata wajib ambil dos penggalak.

“Awak sendiri nampak tak yakin. Jadi kami di pihak profesional pun dah fed up. Saya tengok sekarang dah boleh dilonggarkan, jika kita yakin dengan vaksin yang kita dah ambil,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, tindakan penguatkuasaan yang agak lemah menyebabkan orang ramai mengambil sikap endah tak endah terhadap aspek pematuhan SOP.

Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat

“Sekarang dah kurang dengar orang kena saman. Kalau dulu orang takut sebab hampir setiap hari kita dengar orang kena saman sebab langgar SOP.

“Jadi penguatkuasaan kena perketatkan. Pihak berkuasa kena kerap buat spot check secara rawak terutamanya di lokasi yang dijangka ramai pengunjung,” katanya.

Menurut Dr Halimatus Sakdiah, terdapat restoran atau premis perniagaan yang ‘tutup mata’ soal pematuhan SOP demi mengaut keuntungan semata-mata.

“Ada premis yang aim untuk naikkan bisnes mereka yang rata-rata merudum masa perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Ada yang kena marah dengan pelanggan bila terlalu strict. Dan ada segelintir mereka demi nak jaga pelanggan, end up longgarkan SOP yang tak sepatutnya berlaku,” katanya.

Tambahnya lagi, langkah pematuhan SOP setiap individu memainkan peranan utama sebagai persediaan negara melangkah ke fasa endemik.

“Sekarang semua negeri dah Fasa 4, jadi (SOP) memang makin longgar. Malah ramai beranggapan mustahil PKP dilaksanakan semula sebab itulah ramai semakin lalai dan ambil langkah mudah.

“Namun harus diingat kalau kita nak beralih ke fasa endemik, langkah pematuhan setiap individu dan tindakan penguatkuasaan pihak berwajiblah yang akan memainkan peranan utama dalam membendung penularan wabak COVID-19,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KTMB Sedia Tren Tambahan Sempena PRN, Cuti Sekolah

2

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tidak Perlu Lanjut Cuti Sekolah, Jangan Buat Pelajar Ketinggalan Pelajaran

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar