web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KTMB Sedia Tren Tambahan Sempena PRN, Cuti Sekolah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 5:40PM

Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) sempena Pilihan Raya Negeri dan cuti sekolah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan cuti sekolah akan datang.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos untuk PRN dan 10 hari bermula 25 Ogos hingga 3 Sept sempena cuti sekolah. 

Tren tambahan itu menawarkan sejumlah 8,190 tiket yang akan mula dijual pada 10 pagi esok.

“Setakat hari ini, tiket perkhidmatan ETS sedia ada sudah 68 peratus dijual.

“Bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung halaman, KTMB sekali lagi menawarkan tren ETS tambahan terutamanya mereka yang akan pulang mengundi di Pulau Pinang dan Kedah,” menurut kenyataan itu.

Justeru, pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad