web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Ceroboh, 45 PATI Filipina Diusir Keluar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 9:52AM

Kesemua suspek dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke perkampungan atas air Bangau-Bangau. - Gambar ihsan ATB 2

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Cubaan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina masuk ke negeri ini tidak berjaya apabila bot mereka berjaya dikesan Angkatan Tentera Bersama 2 (ATB 2), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.54 pagi itu, kesemua suspek yang dikesan menaiki dua bot dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke perkampungan atas air Bangau-Bangau.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, pihaknya mula mengesan pergerakan tiga bot yang membawa muatan barangan dan individu dari Pulau Sitangkai, Filipina menuju ke perairan Malaysia, sekitar jam 10.45 pagi.

“Curiga melihat pergerakan bot berkenaan, pemantauan dilakukan lebih satu jam sebelum usaha memintas bot tersebut dilancarkan.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, sebuah bot kemudian dikemudi ke arah lain dalam usaha mengelak daripada ditahan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, dua bot lagi berjaya dipintas dan pemeriksaan menjumpai 42 individu terdiri daripada 14 lelaki, sepuluh wanita dan 18 kanak-kanak yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.

Menurut Abdul Karim, turut ditemui barang milik peribadi kumpulan PATI berkenaan, dipercayai dalam usaha menetap di negara ini secara haram.

“Selepas tidak menemui sebarang barang berbahaya, pihak berkuasa bertindak mengusir keluar bot terbabit pulang ke Filipina

“Dalam masa sama, usaha mengesan sebuah lagi bot digerakkan, namun gagal kerana dipercayai sudah berpatah balik ke sempadan perairan antarabangsa,” katanya.

Menurut Abdul Karim, kejayaan operasi tersebut adalah hasil kerjasama erat dalam Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM).

“ATB 2 akan terus memantau rapi perairan negara, di sini, dalam usaha mengekang sebarang salah laku jenayah rentas sempadan,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: 39 Ditahan Setakat 8 Malam Tadi - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos Di Bidor: 37 Ditahan Setakat Petang Ini - KP Perak

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad