Berita Terkini

8 jam yang lalu: Beberapa stesen LRT, MRT yang terpilih dan semua stesen Monorel ditutup esok, mulai 7 pagi hingga 3 petang 8 jam yang lalu: Dos penggalak perlu untuk pastikan imuniti kekal pada tahap optimum - KP Kesihatan 8 jam yang lalu: Piala Dunia FIFA 2022 Qatar: 1.2 juta tiket ditempah dalam tempoh 24 jam 8 jam yang lalu: MITRA: SPRM tahan 22 individu termasuk pengarah syarikat, presiden persatuan 12 jam yang lalu: 4 ahli politik antara 16 individu beri keterangan berhubung penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki - Polis

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Dijangka ‘Wajib’ Terima Dos Penggalak Setiap 6 Bulan Atau Setahun

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 1:06PM

Pakar-pakar perubatan menjangkakan orang ramai mungkin ‘wajib’ menerima dos penggalak vaksin secara berkala atau secara tahunan, susulan kemunculan varian Omicron. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika seluruh dunia termasuk Malaysia sedang berusaha kembali mengatur langkah selepas tersungkur dek bahana varian Delta yang mendominasi pandemik COVID-19, timbul pula perkhabaran tentang strain baharu yang mungkin lebih berbahaya.

Berita tidak enak itu mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan perlu kembali hidup di bawah sekatan pergerakan, selain berlaku lonjakan kes yang menyebabkan kesesakan di hospital dan lebih banyak kematian, sedangkan rakyat baru sahaja menikmati sedikit kebebasan.

Ditambah pula, negeri Sarawak bakal menghadapi pilihan raya negeri pada 18 Disember ini yang telah tertangguh selama berbulan-bulan.  

Dikesan oleh saintis di Afrika Selatan pada 24 November lalu, kemunculan varian Omicron membawa bersama pelbagai persoalan yang sehingga kini belum terjawab.

Justeru, dengan kemunculan varian Omicron yang lebih mudah menjangkit berbanding Delta, pakar-pakar perubatan menjangkakan orang ramai mungkin ‘wajib’ menerima dos penggalak vaksin secara berkala atau secara tahunan sebagai syarat penuh seseorang individu itu lengkap divaksinasi.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, Omicron boleh menjangkiti lebih ramai orang dan telah dibuktikan sudah merebak ke 68 negara.

"Malaysia kini seolah-olah hanya menunggu masa untuk berlakunya jangkitan tempatan menerusi varian Omicron yang menjadi kebimbangan di seluruh dunia.

"Sesetengah negara seperti England telah memendekkan tempoh penerimaan dos penggalak daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk meningkatkan antibodi," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sharifa yang juga merupakan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, UKM berkata, adalah satu keperluan untuk menerima dos keempat dan kelima selepas kesan vaksin menurun sebagaimana masyarakat awam menerima vaksin influenza setiap tahun bagi menentang varian berbeza.

"Saya menjangkakan Omicron akan menggantikan Delta sebagai varian utama, seperti mana Delta pernah menggantikan Alpha, Beta dan Gamma sebelum ini,"ujarnya.

Terdahulu, Malaysia telah merekodkan kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu menjelaskan individu berkenaan merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Beliau berkata, kes tersebut berjaya dikesan melalui tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit Covid-19 di semua pintu masuk antarabangsa dan survelan makmal yang dijalankan secara berterusan.

Khairy memaklumkan orang ramai mungkin perlu mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 sebagai syarat telah divaksin sepenuhnya dan keputusan bagi mewajibkan perkara berkenaan dijangka bakal diputuskan pada minggu ini.

Jelasnya, ini merupakan salah satu daripada beberapa pilihan yang sedang diteliti, jika pengambilan suntikan penggalak kekal rendah dan untuk mencegah gelombang jangkitan baharu di negara ini.

Dr Moy Foong Ming
Dr Moy Foong Ming

Sementara itu, Profesor Dr Moy Foong Ming dari Universiti Malaya (UM) turut berpandangan sama bahawa orang ramai harus bersiap sedia bagi menerima dos penggalak setiap enam bulan atau setiap tahun.

Beliau berkata, keadaan tersebut berlaku bukan kerana vaksin tidak berkesan, tetapi kerana kesannya menurun selari dengan peredaran masa.

“Dua dos vaksin masih berkesan untuk mengelakkan kes kritikal dan kematian, tetapi tidak mudah untuk mencegah jangkitan.

“Dos ketiga akan memberi kuasa perlindungan tambahan ke atas Omicron yang mahu mengelak daripada antibodi,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2021.

Sorotan

1

RMT RM2.50 Tidak Relevan, KPM Perlu Naikkan Peruntukan

2

Netizen Kecam Jawapan Radzi ‘Nasi Putih, Kuah’ Bukan Makanan RMT

3

Naim Daniel Lapor Polis, Minta Penyebar Fitnah Belajar Jadi Manusia!

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

22 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Catat Jumlah Tertinggi

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Dihidang Nasi Putih, Kuah - Bukti Bajet RMT Perlu Dinaikkan

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Laksana ‘PKP’ Terhadap Babi Kawal Wabak ASF

Semasa 1 hari yang lalu

Saham Azam Baki : Pembangkang Minta Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Diteruskan