web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bengang Kenaikan Tak Berkesudahan, ADUN Bawa Ayam Segar Dalam DUN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 6:14PM

Muhamad Arafat Varisai Mahamad bawa masuk seekor ayam segar ke dalam DUN Perak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Bengang dengan isu harga ayam yang tidak selesai, seorang wakil rakyat membawa masuk seekor ayam segar sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Tindakan Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR-Hulu Kinta) itu mengejutkan Dewan pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 kira-kira pukul 12.23 tengah hari tadi.    

Muhamad Arafat berkata tindakannya mengeluarkan ayam daripada bungkusan di tempat duduknya adalah kerana isu harga ayam yang membebankan rakyat ketika ini dilihat seolah-olah tiada tindakan serius daripada pihak berkuasa.

“Sejak Jumaat hingga hari ini jawapan exco bertanggungjawab iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol (Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Razman Zakaria), tiada satu cara meyakinkan dan rancangan atau tindakan drastik atau konkrit ke arah penyelesaian masalah.

“Jadi hari ini saya bawa satu hadiah yang istimewa termasuk resit ayam yang dibeli di Gunung Semanggol dengan harga lebih RM10 sekilogram. Difahamkan keluar satu Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia oleh KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) bahawa harganya (ayam) adalah RM9.30 sekilo.

“Maknanya apa berlaku di Gunung Semanggol sendiri sangat menyusahkan rakyat sebab kenaikan harga barang,” katanya yang tidak melihat usaha dilakukan exco terlibat seperti mengadakan pertemuan bersama peruncit dan pengusaha bagi menangani masalah sebenar rakyat.

Tindakannya memegang ayam beberapa minit itu menimbulkan suasana lucu di dalam Dewan malah ada antara ADUN yang mencelah dengan mengatakan “ayam itu letaklah...balik buat rendang” selain Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Bebas-Titi Serong) yang mempersoalkan sama ada rakyat bersedia menghadapi harga mentah ayam terutama apabila musim perayaan. - Bernama

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad