web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daerah Baharu Gedong Bakal Jadi Bandar Satelit Bagi Samarahan - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 1:56PM

Abang Johari menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Gedong Sebagai Daerah di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEDONG - Gedong kini secara rasmi adalah sebuah daerah di Sarawak, satu pengiktirafan yang akan meningkatkan corak hidup masyarakat, dan seterusnya menjadi bandar satelit bagi kawasan Samarahan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sebagai daerah baharu, Gedong akan mempunyai infrastruktur dan struktur pentadbiran yang lebih tersusun dan terperinci.

“Kita akan merancang Gedong sebagai bandar satelit, dengan kawasan kampung serta rumah panjang (sekitarnya) akan menikmati kemajuan pertanian moden.

“Gedong akan mempunyai satu pendekatan pembangunan melalui Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA), satu agensi merancang dan seterusnya membangunkan daerah di kawasan Samarahan termasuk Gedong,” katanya ketika melancarkan Gedong sebagai daerah baharu di Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari turut mengumumkan pembentukan lima daerah baharu termasuk Gedong iaitu Siburan di Serian, Sebuyau di Samarahan, Lingga dan Pantu di Sri Aman, serta satu daerah kecil Balai Ringin di Serian.

Beliau berkata Gedong akan menjadi pusat penyelidikan yang berteraskan hasil biodiversiti kerana adanya institusi pendidikan tinggi berdekatan di Samarahan.

Katanya kawasan luar bandar akan diubah menjadi satu kawasan yang moden mempamerkan keindahan budaya rakyat Sarawak.

“Kerajaan memberikan tumpuan kepada pembangunan luar bandar melalui jalan yang kita bangunkan termasuk jalan pesisir; dan sektor ekonomi termasuk pertanian dan pelancongan yang ada khazanah di kawasan Gedong, Simunjan, dan sekitarnya,” tambahnya.

Pada majlis sama Abang Johari menyampaikan cek pampasan tanah bagi projek Jalan Lubok Teranggas ke Kampung Gedong serta projek naik taraf jalan di sekitar Simunjan bernilai RM5.35 juta.

Beliau turut menyampaikan lesen pendudukan sementara Skim Pembesaran Kampung Masjid Gedong Fasa II. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kembara Kenali Borneo Suburkan Semangat Perpaduan - Abang Johari

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Sarawak Kekalkan Tarif Elektrik - Abang Johari

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Isteri Halang Saya Naiki Pesawat Ujian SAF - Abang Johari 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad