web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Ada Keperluan Bubar Parlimen Untuk PRU-15

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 5:46PM

Ismail Sabri berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Daerah Bera hari ini.

 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana masih terdapat ‘urusan yang belum selesai’ termasuk mengemudi negara keluar daripada krisis pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak berniat untuk menangguhkan proses pilihan raya umum bagi mengekalkan kuasa sebagai Perdana Menteri, kerana mempunyai tanggungjawab besar untuk memenuhi keperluan rakyat pelbagai kaum, termasuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Kalau kita bubarkan parlimen, kita (UMNO) kena bersiap sedia untuk memastikan kemenangan. Pergi berperang tanpa persediaan sudah tentu akan mendatangkan masalah. Adakah kita benar-benar bersedia (untuk PRU-15)? Sebab tu saya cakap sabar.

“Salah satu syarat untuk mengadakan pilihan raya (PRU-15) ialah kita perlu bersedia sepenuhnya. Beberapa pengerusi badan perhubungan UMNO negeri memaklumkan kepada saya bahawa mereka masih belum bersedia, jadi, kita kena pastikan segala-galanya dalam keadaan baik sebelum mengumumkan (mengadakan PRU-15),” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

Ismail Sabri, yang juga Pengerusi UMNO Bahagian Bera berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka 20 November lalu tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur atau gambaran sokongan rakyat, dan dilihat sebagai ‘lampu hijau’ untuk mempercepatkan PRU-15.

Katanya, UMNO walaupun menang, hanya menyaksikan peningkatan satu peratus undi popular dan bernasib baik kerana penyokong parti lain, termasuk pembangkang tidak keluar mengundi.

“PRN Melaka mencatatkan peratusan keluar mengundi keseluruhan sebanyak 65 peratus dan masyarakat Cina mencatatkan keluar mengundi 50 peratus. Ini yang memberikan kelebihan kepada kita (BN) di Melaka.

“Tambahan pula, jentera pilihan raya UMNO dari seluruh negara dikerahkan untuk membantu di sana. Itulah sebab saya katakan bahawa keputusan di Melaka tidak boleh dijadikan penanda aras,” katanya.

Pada pilihan raya umum (PRU) nanti tegasnya, semua negeri mempunyai tanggung jawab untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan di kawasan mereka.

Beliau menarik perhatian, senario di Melaka tidak boleh digunakan semasa PRU dan gesaan supaya ia diadakan secepat perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, khususnya memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi negara.

“Kestabilan politik ini sangat penting kerana ketidaktentuan akan menghalang orang (pelabur) daripada masuk ke negara ini dan saya memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia untuk memastikan keterangkuman semua rakyat Malaysia,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

2

Politik 4 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

3

Politik 20 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

4

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad