Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Transmisi Seksual Punca Utama Penularan HIV - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 8:25AM

Khairy Jamaluddin berucap pada Majllis ‘Red Ribbon Gala And Sunway-MAF Tun Dr Siti Asmah Award 2021’ malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trend jangkitan HIV telah berubah dengan transmisi seksual merupakan punca penularan utama sejak beberapa tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mendidik orang ramai dalam memastikan jangkitan melalui transmisi seksual dikurangkan, selain alat dan pengetahuan mengenainya disampaikan kepada semua khususnya generasi muda.

Berdasarkan statistik baru-baru ini, Khairy berkata kebanyakan jangkitan baharu berlaku dalam kalangan orang muda berusia antara 20 dan 39 tahun dengan 76 peratus dijangkiti HIV.

“Jumlah jangkitan baharu HIV masih mencecah 3,000 kes. Pada 2020, sebanyak 3,146 jangkitan baharu dilaporkan atau 9.3 bagi setiap 100,000 populasi atau 94 peratus daripada disebabkan oleh transmisi seksual.

“... empat peratus lagi adalah disebabkan penggunaan dadah secara suntikan dan masing-masing satu peratus disebabkan transmisi ibu kepada anak dan lain-lain sebab,” katanya berucap pada majlis Gala Reben Merah dan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Sunway-Yayasan Aids Malaysia (MAF) 2021 di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi MAF Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Penaung MAF Datin Paduka Marina Mahathir serta Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Khairy berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk membendung jangkitan melalui cara itu dan ia tidak mustahil memandangkan Malaysia berjaya menghentikan peningkatan kes melalui penggunaan dadah secara suntikan semasa fasa awal epidemik HIV dengan memperkenalkan program pengurangan kemudaratan.

“Pelaksanaan program pertukaran jarum dan picagari serta rawatan terapi gantian metadon pada 2006 berjaya mengurangkan lebih separuh jangkitan dalam tempoh lapan tahun. Terdapat langkah pencegahan yang berkesan.

“Pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif bersesuaian amat penting dan perlu diajar kepada golongan muda kita. Ujian, terutama ujian kendiri HIV perlu digalakkan dan rawatan mesti dimulakan tanpa lengah,” katanya.

Mengambil berat mengenai wabak COVID-19, beliau berkata kerajaan telah memperuntuk jumlah yang besar untuk kos menguruskan HIV atau AIDS lebih daripada 90 peratus.

“Pada 2020, walaupun berdepan pandemik COVID-19, kita membelanjakan hampir RM100 juta untuk AIDS dengan kebanyakannya untuk rawatan dan pencegahan termasuk pengurangan kemudaratan yang kita laksanakan bersama masyarakat di bawah Majlis Aids Malaysia,” katanya.

Khairy menegaskan pendekatan pelbagai serampang perlu diambil untuk membantu mereka yang hidup dan dijangkiti HIV kerana ia memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan manusia.

“Terdapat stigma dan diskriminasi yang datang bersama penyakit dan mereka yang hidup atau terjejas kerananya mesti bertahan bukan sahaja kerana virus tetapi persepsi negatif masyarakat terhadap mereka.

“Jadi kita perlu memainkan peranan. Kita mesti menjauhi diskriminasi dan kata-kata yang menghakimi,” katanya.

Sementara itu, Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Sunway-MAF dinobatkan kepada Pegawai Aids Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mahani Nordin atas sumbangannya yang melangkaui tugas dalam membantu masyarakat setempat terhadap HIV dan Aids. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

3

Politik 11 bulan yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

4

Politik 11 bulan yang lalu

KJ Fail Saman Fitnah RM1 Juta Terhadap Jamal Yunos

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Warga Emas Dipenjara Sebulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

Semasa 21 jam yang lalu

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

Semasa 21 jam yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

oleh Sophia Ahmad