web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Kes Buli, Dipercayai Babit SBP Di Perak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 11:54AM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan pelajar berbaju merah ditumbuk di bahagian perut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagaikan tiada berkesudahan, satu demi satu kes buli didedahkan di media sosial.

Terbaharu tular di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar di asrama sekolah.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Perak.

Beberapa video yang dikongsi seorang individu di Facebook menunjukkan tangan mangsa dipegang dua pelajar sebelum ditumbuk di bahagian perut.

Selain itu, punggung mangsa turut diterajang seorang lagi pelajar.

Beberapa pelajar lain yang menyaksikan insiden itu juga dilihat tidak menghalang pelaku melakukan perbuatan kejam itu.

Tindakan tersebut menyebabkan mangsa yang mengenakan baju berwarna merah terpaksa menahan sakit akibat dibelasah.

Penyebaran video berkenaan nyata mengundang kemarahan netizen, apatah lagi apabila ia berlaku di sebuah sekolah berprestij.

Majoriti mereka turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) agar mengambil tindakan sewajarnya susulan video yang tular itu.

“Masuk asrama tak kisah universiti, sekolah, kolej mana sekalipun, memang buli or ragging ni kena ada ke? Bengang pula aku. Kepada si pembuli, insaflah dik,” kata Nurul Farhana.

“Seronok bantai anak orang ya dik? Kecil-kecil dah perangai macam ni, dah besar nak jadi penyangak ke? Jangan lepas ni kes settle dengan minta maaf. Buang sekolah je,” kata Niey MP.

“Astaghfirullah, anak siapa ni. Mohon pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya tanpa prejudis kepada pelajar dan sekolah,” kata Idawaty Ibrahim.

Video yang tular sejak malam tadi di Facebook dikongsi lebih 35,000 kali dan mendapat hampir 8,000 komen dikalangan warganet. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad