web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Kampung Baru Ditangguh, Beri Ruang Pemaju, Pemilik Lot Capai Persetujuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 11:03AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan pengambilan tanah penduduk Flat PKNS Sungai Baru, Kampung Baru ditangguhkan bagi membolehkan rundingan antara pemaju dan pemilik lot diteruskan bagi mencapai satu persetujuan.

Mengumumkan perkara itu, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) berkata tindakan tersebut dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu rundingan bersama pihak berwajib baru-baru ini.

Katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui PKB bertindak sebagai fasilitator bagi membantu memudahkan pelaksanaan pembangunan semula kawasan terbabit, selaras dengan fungsinya yang dinyatakan dalam Akta PKB (Akta 733).

“Sehubungan itu, KWP dan PKP telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan rundingan bersama Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur, pemaju dan pemilik lot dan flat Sungai Baru berkenaan isu ini.

“Lanjutan daripada rundingan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan telah mencadangkan supaya siasatan pengambilan tanah (Land enquiry) ditangguhkan ke tahun hadapan, bagi membolehkan rundingan antara pemaju dan pemilik lot dan flat PKNS Sungai Baru untuk mencapai satu persetujuan,” katanya hari ini.

Jurucakap PKB berkata, Shahidan akan berusaha membantu bagi memastikan rundingan antara pemaju dan pemilik lot serta flat terbabit berjalan dengan harmoni.

Baru-baru ini, isu tidak puas hati pemilik lot dan penghuni flat di Kampung Sungai Baru timbul selepas ada yang mendakwa pampasan ditawarkan langsung tidak memuaskan.

Kawasan flat terbabit bakal dimajukan bagi membina perumahan komersial namun terdapat 110 pemilik daripada 344 penduduk membantah pembangunan tersebut.

Mereka enggan menandatangani sebarang dokumen daripada pihak pemaju apabila pampasan ditawarkan tidak setimpal dengan lokasi kediaman tersebut. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

2

Politik 3 tahun yang lalu

PRN: Rundingan Kerusi PH-BN Masih Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PRN: Rundingan Agihan Kerusi PH-BN Boleh Dimulakan - Saifuddin

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar