Berita Terkini

10 jam yang lalu: PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai 28 Januari hingga 10 Februari - MKN 14 jam yang lalu: Sukan SEA, 20 atlet dijangka layak ke Hanoi berdasarkan merit 14 jam yang lalu: Genting Hong Kong muflis tidak beri impak kepada ekonomi Malaysia - Azmin 14 jam yang lalu: 2 lelaki ditahan, bantu siasatan kes pecah cermin kereta di Taiping 15 jam yang lalu: PICKids: 484,639 kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun telah mendaftar di MySejahtera - Dr Noor Azmi

IKUTI KAMI


Kisah Derma Arab Najib, Umpama Hikayat Dongeng - Mahkamah Rayuan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 9:30PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai RM42 juta dalam akaun peribadinya yang didakwa sebagai wang derma Arab adalah dongengan seumpama Hikayat Seribu Satu Malam, menurut Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman bertulis setebal 308 muka surat, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata kisah derma Arab itu tidak lain hanyalah rekaan yang langsung tidak mempunyai kredibiliti.

“Kisah ini malah lebih dongeng daripada kisah Hikayat Seribu Satu Malam, bukan hanya tidak ada kredibiliti, malah dongeng ini bercanggah, dan ditolak oleh keterangan berdokumen,” katanya.

Abdul Karim yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa tidak ada bukti langsung yang menunjukkan RM42 juta itu datangnya daripada, atau mungkin datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, malah tidak ada asas yang munasabah bagi perayu untuk mempercayainya.

“Dana ini datang daripada SRC International Sdn Bhd, dan ia telah dibuktikan. Perayu (Najib) mendakwa bahawa beliau mengandaikan dana yang masuk ke dalam akaunnya itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab.

“Bagi menyokongnya, rujukan dibuat kepada beberapa surat bertulisan Arab yang dikatakan ditulis oleh Putera Arab Saudi Abdulaziz Al-Saud bagi pihak Raja Arab Saudi.

“Bagaimanapun penulisnya tidak dipanggil, dan ketulenan surat-surat ini tidak dibuktikan dalam perbicaraan ini. Kandungan surat-surat ini adalah keterangan dengar cakap yang tidak diterima masuk,” kata hakim itu.

Berhubung dua siaran akhbar oleh Peguam Negara pada 2016, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memutuskan bahawa Najib tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah berkaitan SRC International, serta dananya, di samping kes derma RM2.6 billion; hakim itu berkata ia tidak bernilai, sehinggakan walaupun selepas dua siaran akhbar berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih terus menyiasat sumber dana yang dikatakan dari Arab Saudi itu bagi memastikan sekiranya RM2.6 bilion yang masuk ke akaun perayu adalah derma.

“Pegawai SPRM pergi ke Arab Saudi untuk menyiasat perkara itu, namun gagal mendapatkan sebarang pengesahan daripada pihak yang dikatakan penderma Arab, dalam bentuk bukti yang boleh diterima.

“Oleh itu siaran akhbar Mohamed Apandi itu tidak boleh diterima untuk membebaskan Najib daripada kesalahan, dan ia juga tidak boleh membuktikan pendakwaan salah. Pandangan Mohamed Apandi yang dibuat pada persidangan media itu, adalah mengenai hal ehwal negara sehingga 26 Januari 2016, semasa siasatan sedang berjalan.

“Sudah tentu kenyataan pramatang itu tidak boleh mengikat Peguam Negara selepasnya daripada menggunakan kuasa-kuasa pendakwaannya apabila bukti-bukti tambahan telah dikumpul,” katanya.

Hakim itu berkata Najib tidak mengambil sebarang langkah untuk menyiasat aliran dana yang masuk ke dalam akaunnya, sebaliknya telah dilihat seolah-olah bergantung kepada apa yang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Lo katakan kepada beliau, mengenai sumber dana, itu saja.

“Pada masa itu beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai setiap peluang termasuk saluran rasmi kerajaan untuk membuat pertanyaan dan mengesahkan sekiranya dana itu sememangnya benar-benar datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi. Perayu tidak mengambil sebarang langkah sekalipun bagi mengesahkan kebenaran sumber seperi yang dimaklumkan kepadanya oleh Jho Low,” katanya.

Semalam panel itu sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International

Mereka membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 13 jam yang lalu

Kes Edar Dadah Isma Halil Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

2

Semasa 17 jam yang lalu

Rayuan Najib Kembalikan Semula Saman Terhadap Ambank Islamic, 2 Lagi Ditolak

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dakwaan SPRM Tidak Berasas, Sengaja Buka Kes Lama - R Sivarasa

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Terima Perintah Mahkamah Halang Perhimpunan 3 Lokasi

Sorotan

1

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Ke Phnom Penh

2

Selepas Fries McD, Ayam Goreng KFC Pula 'Hilang' 

3

Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lagi Kluster Pendidikan Di Sabah

oleh Mira Adilah Azmi

Semasa 1 hari yang lalu

MOTAC - GoPro Promosi Keindahan, Keunikan Destinasi Pelancongan Tempatan

oleh Mastura Malak

Semasa 17 jam yang lalu

Rayuan Najib Kembalikan Semula Saman Terhadap Ambank Islamic, 2 Lagi Ditolak

Semasa 16 jam yang lalu

Jemaah Umrah Terpaksa Tangguh Ibadah Terima Pampasan - Idris

oleh Fitri Nizam