web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berang Guru Enggan Divaksin, Waris Pelajar Berhimpun Depan Sekolah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 12:39PM

Sekumpulan waris pelajar SKDH di Bandar Darulaman berhimpun bagi menuntut seorang guru yang enggan vaksin, dipindahkan ke tempat lain.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Keengganan seorang guru wanita menerima vaksin menyebabkan sekumpulan waris pelajar Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights (SKDH) di Bandar Darulaman dekat sini, berhimpun bagi menuntut agar dia dipindahkan ke tempat lain.

Menurut mereka, tindakan itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak di sekolah tersebut terjamin, setelah pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak mengambil tindakan tegas terhadap guru berkenaan.

Menurut seorang bapa kepada pelajar di situ, Mohd. Huzainy Ahmad, 44, laporan polis turut dibuat berhubung perkara tersebut bagi memohon tindakan segera dari pihak berwajib untuk mengeluarkan guru terbabit dari sekolah berkenaan.

"Ketika ini guru wanita itu dikatakan ditempatkan di surau sekolah dan tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka. Tetapi difahamkan guru tersebut tetap juga bergerak ke sana-sini dan bukanlah berada di surau sepanjang masa.

"Kami bimbangkan keselamatan anak-anak dan amat berharap supaya tindakan segera dapat diambil ke terhadap guru tersebut. Jika dia tak mahu divaksin, sila keluar dari sekolah ini," katanya.

Selain berhimpun di depan sekolah untuk tempoh kira-kira 10 minit sejak jam 7.45 pagi, waris pelajar terlibat turut menghantar memorandum kepada Guru Besar SKDH, Burhanurdin Hasan berhubung perkara berkenaan.

Huzainy menambah, tindakan mereka itu turut mendapat sokongan sejumlah besar waris lain, namun mereka tidak dapat hadir kerana urusan kerja selain tidak mahu dilihat melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila berhimpun beramai-ramai.

Dalam pada itu, seorang lagi waris pelajar di sekolah tersebut, M. Hasbee Fathil, 44, berkata, ketika ini mereka difahamkan tanggungjawab guru tersebut terpaksa ditanggung oleh rakan-rakan sejawat yang lain.

"Keadaan itu menyebabkan bebanan tugas guru-guru lain bertambah. Jadi kami amat berharap tindakan segera dapat diambil untuk menukarkan guru ini ke sekolah lain dengan kadar segera.

 "Kami difahamkan di daerah Kubang Pasu ini terdapat 28 guru yang enggan divaksin dan seorang daripadanya berada di sekolah ini. Kami amat berharap agar tindakan segera dapat diambil demi keselamatan anak-anak di sini," katanya.

Sementara itu, JPN Kedah menerusi kenyataan ringkas memaklumkan, laporan berhubung isu berkenaan sudah pun disiapkan.

"Laporan tersebut akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran 9 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar