Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


42 Hari Bukan Tempoh Penduduk Kampung Baru Kosongkan Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 10:08PM

Shahidan Kassim turut mengadakan sesi libat urus bersama pemilik tanah dan flat PKNS Sungai Baru dan pemaju bagi menyelesaikan isu pampasan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menafikan dakwaan bahawa penduduk di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru diberi tempoh 42 hari untuk mengosongkan kediaman mereka.

Sebaliknya jurucakap PKB menjelaskan, tempoh tersebut diberikan kepada pemilik tanah terbabit untuk mengemukakan bantahan terhadap jumlah pampasan.

“Berkenaan kenyataan yang menyatakan pemilik perlu mengosongkan rumah dalam tempoh 42 hari (6 minggu), ia adalah tidak tepat.

“Tempoh 42 hari adalah tempoh untuk pemilik yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk mengemukakan bantahan dari tarikh siasatan Pengambilan Tanah (Land enquiry) ditentukan,” katanya hari ini.

Menurut jurucakap PKB, kaedah pengambilan tanah di kawasan terbabit dibuat melalui proses perundangan dan pampasan yang diberikan berdasarkan nilai pasaran kepada pihak berkepentingan.

“Proses siasatan Pengambilan Tanah bagi menentukan jumlah pampasan untuk hartanah unit flat PKNS Sungai Baru telah diadakan pada pertengahan bulan lalu oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Wilayah Persekutuan.

“Namun siasatan Pengambilan Tanah bagi hartanah lot teres pula dijangkakan diadakan pada penghujung bulan ini. Penentuan jumlah pampasan adalah berdasarkan Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah, 1960.

Katanya, pampasan akan diputuskan berpandukan Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan yang membantu Pentadbir Tanah dalam membuat keputusan semasa siasatan Pengambilan Tanah.

“Jika pemilik merasakan jumlah pampasan yang ditawarkan adalah tidak setimpal, mereka masih boleh mengemukakan bantahan melalui Borang N, di bawah Seksyen 37, Akta Pengambilan Tanah 1960.

“Pemaju juga sedang dalam proses rundingan bersama pemilik unit flat PKNS Sungai Baru bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu pampasan supaya proses pembangunan semula ini berjalan dengan adil dan harmoni,” katanya.

Tambahnya, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mengadakan sesi libat urus bersama pemilik tanah dan flat PKNS Sungai Baru dan pemaju bagi menyelesaikan isu pampasan.

“Pemilik tanah dan flat PKNS Sungai Baru bersetuju dengan usaha pembangunan semula kawasan Sungai Baru dan mengharapkan pemaju membantu mereka mendapatkan nilai pampasan yang sewajarnya.

“Pemilik melalui proses rundingan bersama pemaju sejak 2016 yang mana pemilik pertama menandatangani perjanjian usaha sama pada 8 Ogos untuk meneliti dan menimbang tawaran pembangunan semula secara usaha sama oleh pemaju. Tempoh masa ini amat mencukupi untuk pemilik membuat keputusan,” katanya.

Jurucakap PKB itu juga menjelaskan, cadangan pembangunan semula kawasan Sungai Baru, Kampung Baru adalah inisiatif kerjasama swasta di antara pemilik tanah dan flat PKNS Sungai Baru dengan pemaju.

“PKB bertindak sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan semula ini selaras fungsinya yang dinyatakan dalam Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (Akta 733).

“Sehubungan itu, PKB telah mengkaji keupayaan pemaju dan model perniagaan terutamanya dari aspek tawaran pulangan usaha sama kepada pemilik.

“Berdasarkan tawaran usaha sama tersebut, PKB mendapati pemilik akan menikmati taraf hidup yang lebih baik, selesa, moden, teratur dan sekali gus membolehkan hartanah tersebut berpotensi untuk memperolehi pulangan yang tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menarik perhatian, pihak pemaju telah dipelawa oleh Persatuan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru (PPHKSB) pada 2016 untuk mengemukakan cadangan pembangunan di kawasan Sungai Baru.

“Sejumlah 328 unit iaitu 64 lot teres dan 264 unit flat terlibat dengan projek pembangunan semula ini di mana ia berada di luar kawasan Penempatan Pertanian yang sinonim dengan Kampong Baru.

“Pembangunan kawasan ini pada asalnya telah dimajukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pegangan tanah di kawasan Sungai Baru adalah pajakan 99 tahun,” katanya.

Pada masa sama, jurucakap tersebut memaklumkan, pemaju telah mengadakan beberapa program penerangan dan rundingan dengan pemilik tanah sejak 2016 termasuk sesi pembentangan, penerangan, dialog, rundingan, libat urus, mesyuarat, unit bergerak, khidmat nasihat guaman serta pembukaan pejabat kecil di tapak.

Katanya, kali terakhir sesi libat urus bersama pemilik tanah dan flat PKNS Sungai Baru pada 5 hingga 7 Oktober 2020 yang mana penerangan dan penjelasan diberikan merangkumi cadangan pelan konsep pembangunan, tawaran kepada pemilik dan mendapatkan persetujuan pembangunan semula dari mereka.

“Pemaju telah menawarkan cadangan pembangunan secara usahasama kepada pemilik-pemilik lot dan unit flat yang terlibat. Setiap pemilik akan mendapat unit gantian hartanah berdasarkan jenis dan kategori tanah milik mereka.

“Untuk unit gantian ini, pemaju telah bersetuju untuk menawarkan rumah berkeluasan 90.02 meter persegi (969 kaki persegi) dan 111.48 meter persegi (1,200 kaki persegi) dengan kemudahan fasiliti kondominium berserta petak aksesori (tempat letak kereta).

“Harga unit gantian yang ditawarkan oleh pemaju adalah dianggarkan RM823,000 bagi rumah berkeluasan 90.02 meter persegi (969 kaki persegi) dan RM1.02 juta bagi rumah berkeluasan 111.48 meter persegi (1,200 kaki persegi),” katanya.

Selain itu, katanya, pemaju juga menawarkan bayaran persetujuan menandatangani perjanjian usaha sama, kos pemindahan keluar rumah, kos pemindahan masuk semula ke unit gantian hartanah, ex-gratia ubah suai rumah sedia ada, bayaran penyewaan rumah sementara atau penyediaan rumah transit sehingga unit gantian hartanah diserahkan.

“Bagi pemilik rumah teres bayaran lebihan tunai harga unit gantian juga ditawarkan. Pemaju  turut membantu pemilik-pemilik berkenaan bagi menyelesaikan isu harta pusaka serta penyempurnaan pindah milik hak milik strata.

“Berdasarkan semua aspek tawaran ini, pemilik yang pada masa kini mempunyai rumah Flat PKNS Sungai Baru bersaiz 41 meter persegi (441 kaki persegi) akan memperolehi anggaran tawaran usaha sama bernilai RM880,000 dengan unit gantian berkeluasan 90.02 meter persegi (969 kaki persegi).

“Manakala bagi rumah flat sedia ada yang bersaiz 53 meter persegi (571 kaki persegi) hingga 56 meter persegi (603 kaki persegi) pula akan memperolehi anggaran tawaran usaha sama bernilai RM1.09 juta 4 dengan unit gantian berkeluasan 111.48 meter persegi (1,200 kaki persegi),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, pemilik rumah teres pula akan memperolehi tiga unit gantian hartanah yang jumlah anggaran tawaran usaha sama bernilai RM2.7 juta dan bayaran lebihan tunai harga unit gantian.

“Kaedah perolehan tanah pembangunan semula ini dilakukan secara hibrid yang melibatkan perjanjian usaha sama pemilik dengan pemaju dan pengambilan tanah.

“Ianya adalah alternatif kaedah pembangunan bagi merealisasikan pembangunan semula agar kepentingan pemilik yang majoritinya telah bersetuju diambil kira.

“Pewartaan Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah, 1960 bagi projek ini telah dikeluarkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan No. 9400 bertarikh 18 Jun lalu, manakala pewartaan berdasarkan Seksyen 8, akta yang sama telah dibuat pada Warta Kerajaan Persekutuan No. 9412 bertarikh 21 Jun lalu,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

2

Sukan 11 bulan yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Shahidan Gesa Identiti Pengimport Tunggal Telur Dari India Dibahas  

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Orang Fanatik Islam Miliki Toleransi Agama Tinggi - Shahidan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Sukan 2 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Semasa 5 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Semasa 5 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 40 minit yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM