web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kampung Baru: Tekan Dan Usir Penduduk Tindakan Zalim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 6:34PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status hak pemilikan tanah penduduk Kampung Baru harus dikekalkan dan diberi nafas baharu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin berkata, tindakan menekan dan mengusir penduduk di kawasan itu amat zalim, tidak adil dan harus dihentikan serta-merta.

“Saya sampai sekarang tidak faham kenapa mana-mana jua yang pegang kerajaan sibuk untuk membangunkan Kampung Baru dengan projek berskala besar.

“Ini sebenarnya menghakis ekuiti penduduk untuk terus berada di kawasan ‘prime area’, terutamanya di tengah ibu negara,” katanya hari ini.

Menurut Aizuddin, Kampung Baru merupakan tapak warisan yang harus dipertahankan dan dipelihara, bukan mengikut kehendak pemaju yang rakus dan tamak.

“Satu pelan komprehensif boleh dirangka dengan pelbagai program yang lebih merakyat dengan menjamin hak penduduk Kampung Baru.

“Saya percaya dengan kerangka program yang terurus dengan melibatkan golongan ‘stakeholder’, Kampung Baru sebenarnya mampu diangkat satu khazanah warisan bertaraf dunia untuk negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan harus melihat isu Kampung Baru dengan perspektif yang lebih luas dan jauh lebih kreatif.

“Libat urus ini mestilah ada ‘political will’ atau kesungguhan kerajaan.

“Agenda bagi memperkasa ekonomi penduduk setempat harus menjadi keutamaan di samping menyediakan infrastruktur terbaik.

“Dalam kepesatan yang berlaku ditengah kota dengan bangunan pencakar langit, PNB,TRX dan sebagainya, konsep ‘Urban Resiliance’ boleh diadaptasi bagi mengimbangi kepesatan dan kemodenan bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.

Getaran difahamkan, kawasan flat terbabit bakal dimajukan bagi membina perumahan komersial namun terdapat 110 pemilik daripada 344 penduduk membantah pembangunan tersebut.

Mereka enggan menandatangani sebarang dokumen daripada pihak pemaju disebabkan pampasan ditawarkan tidak setimpal dengan lokasi kediaman tersebut. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

3

3 tahun yang lalu

Pembangunan Kampung Baru: Setiap Langkah Berlandaskan Prinsip Jaga Kepentingan Melayu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Masih Ada Cara Pujuk Pemilik Enggan Berpindah, Elak Dikenakan Akta Pengambilan Tanah - Johari

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 38 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar